Bagaimana Wanita ini Merawat Luka Bersalin Secara Czer Supaya Cepat Sembuh

16/09/2018 1 By Nutrisi Guru
Bagaimana Wanita ini Merawat Luka Bersalin Secara Czer Supaya Cepat Sembuh

Pembedahan caesarean biasanya disyorkan oleh doktar jika kelahiran secara normal didapati berisiko tinggi. Namun demikian, prosedur ini juga boleh dijalankan di atas permintaan (elective caesarean).

Biasanya proses bersalin czer atau pembedahan caesarean akan dijalankan setelah usia kehamilan mencapai 38 minggu. Bayi akan dikeluarkan melalui belahan di perut ibu dan bukan dari faraj.

Sebelum pembedahan dimulakan, doktor akan menjalankan pembiusan epidural sehingga kawasan perut hingga kaki (half body bius) ibu berasa kebas. Semasa proses pembedahan caesaran, para ibu akan berada dalam keadaan sedar.

Hanya dalam keadaan tertentu, doktar akan melakukan pembiusan seluruh badan.

Doktor akan memasang tirai penghadang sehingga para ibu tidak dapat melihat bagaimana perut mereka dipotong.

Doktor kebiasanya juga akan memberi ubat penenang kepada ibu supaya mereka merasa santai dan tenang semasa proses bersalin czer pembedahan caesarean dilakukan.

Kelahiran sama ada secara normal (vaginal birth) atau pun secara pembedahan kedua-duanya menuntut kerahan tenaga dari sang ibu.  Proses pemulihan selepas bersalin sangat penting untuk merawat sistem tubuh luaran dan dalaman.  Oleh sebab itu, orang lebih gemar menyebutnya sebagai proses berpantang, kerana proses pemulihan banyak mengekang aktiviti biasa yang dilakukan semasa sihat.

Proses berpantang oleh ibu yang bersalin secara pembedahan lazimnya lebih ketat.  Pembedahan untuk melahirkan bayi merupakan pembedahan major umpama pembedahan yang biasa kita anggap menakutkan seperti pembedahan jantung atau pun otak.

Bagaimana rupa parut pembedahan tersebut?

Ibu yang pertama kali menjalani pembedahan, sudah tentu anda tidak ada idea bagaimanakah rupa parut pembedahan itu.  Sekiranya anda telah mempunyai tarikh perancangan kelahiran secara pembedahan, ini sedikit idea awal berkenaan parut pembedahan melahirkan bayi.

Kebanyakan potongan dilakukan pada garis bikini.  Luka pembedahan ini akan ditutup sama ada dengan jahitan di bahagian kulit luar atau pun digam secara staple.  Pada awalnya luka akan dibalut dengan plaster. Biasanya pembalut ini dibuka dalam tempoh 24 jam.  Ibu akan dinasihatkan agar menjaga luka supaya sentiasa kering dan memantau luka tersebut.  Pastikan tiada nanah dan juga ia tidak terbuka.  Pada peringkat awal, luka pembedahan kelihatan basah dan merah mengening.  Lama kelamaan luka tersebut akan kering dan warna merah akan pudar dan bertukar menjadi kelabu atau coklat.

 

Jom ikuti kisah wanita ini sepanjang perjalanannya untuk pulih dari luka dan parut setelah bersalin.

 

Assalamualaikum w.b.t. Saya Nurainy bte Md Jali merupakan ibu kepada seorang cahaya mata iaitu Ammar Izzariel bin Mohamad Izat. Kisah Anie jatuh hati dengan Shaklee bermula selepas lahirkan anakanda tercinta.

Semasa dalam tempoh berpantang hari yang kesembilan, Anie diduga mengalami pendarahan pada luka pembedahan. Setiap pergerakan menyebabkan darah keluar daripada luka jahitan tersebut. Risau keadaan menjadi lebih serius, suami Anie pun membawa ke hospital. Hasil pemeriksaan doktor, tiada apa-apa yang serius dan minta supaya Anie pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan untuk cuci luka tersebut pada setiap hari selama seminggu.

Setelah hampir seminggu masih lagi terdapat darah yang keluar dari luka tersebut tetapi hanyalah sedikit sahaja. Walaupun sedikit Anie tetap risau. Mulalah mencari penawar untuk luka sembuh. Selepas banyak yang Anie jumpa dalam Google, Anie buat keputusan untuk membeli Vita-Lea, ESP dan Sustained Released Vita-C Plus. Bermula dari kisah itu Anie pun mendaftar sebagai ahli. Alhamdulillah dalam satu minggu konsisten pengambilan kesemua suplemen dan vitamin itu, luka pembedahan Anie jadi kering dan beransur pulih. Tiada lagi pendarahan.

Kemudian, Anie mula menambah koleksi suplemen dan vitamin yang lain iaitu Alfalfa Complex, Ostematrix, Omega Guard dan B- Complex sehinggalah lengkap Set Penyusuan Anie. Alhamdulillah, asbab pengambilan set ini susu jadi pekat dan meriah. Anak cepat kenyang dan jarang sangat meragam. Jika waktu bekerja Anie akan menjalankan dua sesi untuk mengepam susu untuk pastikan bekalan susu anak sentiasa cukup. Alhamdulillah sepanjang dua tahun berjaya menyusukan anak tanpa putus bekalan. Walaupun hakikatnya terdapat pelbagai halangan yang mendatang.

Pengambilan ESP setiap pagi menjadikan susu lebih pekat, apabila pekat anak akan rasa cepat kenyang. Miss B pun cepat penuh tau sepanjang pengambilan set lengkap menyusu ini. Bonus yang Anie perolehi ialah berat kembali seperti sebelum hamil. Inilah #shakleeeffects yang Anie alami. Kesemua ini membuatkan Anie mendapat bekalan tenaga yang berpanjang serta kekal aktif sepanjang hari.

Hinggalah sekarang, Anie masih lagi mengamalkan pengambilan suplemen dan vitamin Shaklee tersebut pada setiap hari walaupun pada 11 September 2017 Anie telah berjaya menyusukan penuh Ammar Izzariel tanpa tambahan susu formula.

Alhamdulillah terima kasih Allah dan Shaklee sebab membantu Anie dalam mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan melengkapkan nutrisi untuk tubuh badan. Anie dah alami #shakleeeffects, anda bila lagi?

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 38 : NURAINY MD JALI

****************************************

Berminat untuk mendapatkan produk-produk di atas? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.

Click Here to Purchase

Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.

Picture1

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509

 

Rujukan:

Beginilah proses bersalin czer peringkat demi peringkat, indahnya pengalaman!