Apakah ekzema? Apakah tanda-tanda dan gejala-gejalanya?
Ekzema merupakan sejenis penyakit kulit yang berlaku secara berterusan, tanda-tanda utama ekzema adalah kulit mengalami kemerahan, kegatalan, kulit bersisik atau berkuping. Ekzema juga berkemungkinan pulih seperti biasa dan kulit menjadi normal kembali. Penyakit kulit ini kerap muncul dalam kalangan bayi dan kanak-kanak, juga kepada golongan dewasa. Untuk pengetahuan anda, ekzema bukanlah sejenis penyakit berjangkit.
Apakah kesan negatif ekzema?
Kesan-kesan negatif ekzema termasuklah asma, demam alergi, jangkitan kulit, kulit yang sensitif, masalah tidur serta gangguan emosi.
Apakah yang menyebabkan ekzema?
Sesetengah orang menganggap penyakit ekzema merupakan salah satu penyakit genetik. Namun masih belum ada kajian yang membuktikan bahawa penyakit ini adalah dari kumpulan hereditary disease. Tambahan pula, keadaan persekitaran juga memainkan peranan penting bagi kemunculan penyakit-penyakit kulit seperti ini.
Adakah ekzema dapat dirawati?
Setakat ini, tidak ada rawatan yang benar-benar dapat mengubati ekzema dengan sepenuhnya, malah rawatan yang ada adalah bagi tujuan meredakan simptom-simptom dan kesan-kesannya. Penjagaan diri secara teliti haruslah dilakukan bagi mencegah keadaan yang lebih buruk lagi.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala Ekzema
Masalah ekzema boleh berlaku sejak kecil lagi, sesetengah daripada mereka hanya pulih dengan sepenuhnya apabila dewasa nanti. Selain itu, ekzema juga berkemungkinan pulih secara semulajadi, malah ia juga berkemungkinan berulang dan mempengaruhi bahagian badan yang lain. Gejalanya adalah seperti berikut. Gejala tersebut adalah bergantung kepada setiap individu.
Peringatan: Disebabkan gejala ekzema adalah serupa dengan penyakit kulit yang lain, adalah dinasihatkan bahawa anda mendapatkan pemeriksaan daripada doktor dahulu.
- KegatalanKulit akan mengalami kegatalan terutamanya pada waktu malam
- KemerahanKulit akan mengalami kemerahan dan seterusnya tompok coklat-kelabu.
- Kulit yang kering dan bersisikKulit akan menjadi kering, mengalami keretakan, bengkak, menjadi tebal dan lain-lain lagi.
- Lain-lainMenggaru dan menggosok pada bahagian yang cedera secara berlebihan akan menjadikan kulit semakin nipis dan sensitif, dan berkemungkinan akan dijangkiti kuman.
Apa Beza Psoriasis dan Ekzema?
Dalam entri sebelum ini, saya pernah share maklumat mengenai penyakit Psoriasis. Anda boleh rujuk disini.
Jadi apa perbezaan diantara penyakit Psoriasis dan Penyakit Ekzema ini?
Kesan-kesan Ekzema
Kesan negatif ekzema adalah seperti berikutnya.
- Alergi KulitUbat untuk eczema iaitu kortikosteroid boleh menyebabkan alahan pada sesetengah pesakit.
- Tindak balas Alergi boleh menyebabkan Asma dan Demam
- Masalah MataOleh kerana kulit pada sekitar mata adalah lebih nipis dan sensitif, eczema akan menyebabkan kegatalan pada bahagian tersebut. Menggaru dan menggosok pada bahagian yang cedera secara berlebihan akan menyebabkan pelbagai jenis masalah penglihatan.
- Jangkitan KulitMenggaru atau menggosok kulit yang tercedera secara berlebihan akan mengakibatkan jangkitan kuman
- Masalah TidurKegatalan yang teruk akan menjejaskan kualiti tidur seseorang
- Kesihatan Psikologi/EmosiKualiti tidur yang rendah dan rasa malu terhadap keadaan kulit yang teruk akan mengundang masalah emosi, seperti keyakinan diri yang rendah, kemurungan, kebimbangan dan sebagainya.
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, sesetengah orang menganggap penyakit ekzema merupakan salah satu penyakit genetik. Walaubagaimanapun, kebenaran ini masih belum dapat diketahui serta tidak disahkan. Ekzema boleh disebabkan oleh kombinasi beberapa faktor termasuklah keturunan keluarga, jenis kulit, jangkitan kulit, keadaan persekitaran, sistem imun yang tidak berfungsi.
Ekzema Yang Teruk
Sesetengah faktor seperti berikut dapat memburukkan keadaan ekzema.
- Menggaru/Menggosok Secara BerlebihanMenggaru dan menggosok dapat menyebabkan kulit tercedera dan seterusnya mengakibatkan jangkitan kulit.
- Tekanan
- PerengsaSabun atau pembersih yang tidak sesuai, berpeluh, atau bahan lain yang dapat merengsakan kulit dapat memburukkan keadaan.
- AlergenTermasuklah bulu, habuk, debunga dan lain-lain lagi. Dalam kalangan bayi dan kanak-kanak, sesetengah makanan (contoh: susu, ikan, kacang, soya, gandum dan sebagainya) dapat menyebabkan alahan.
- Mandi Panas/Lama
- Faktor PersekitaranTermasuklah suhu yang melampau, perubahan haba/kelembapan, pencemaran udara (contoh: rokok), bakteria/virus dan sebagainya.
Rawatan ekzema masih tidak dapat diketahui dengan sepenuhnya. Namun, wujudnya rawatan untuk merawati (atau mencegah) gejala-gejala dan kesan-kesan negatif ekzema. Oleh kerana keadaan ekzema adalah berbeza antara satu sama lain, adalah dinasihatkan supaya anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan pandangan.
Ubat-ubatan
- Sesetengah ubat-ubatan aplikasi luaran akan mengurangkan kegatalan dan mengelakkan daripada keradangan. Ubat-ubatan seperti ini digunakan berserta dengan kain basah pada bahagian permukaan yang cedera. Kulit akan bertambah serius jika menggunakan secara berlebihan.
- Ubat-ubatan oral atau suntikan boleh digunakan untuk mengawal keradangan dan kegatalan. Penggunaan dalam jangka panjang akan membawa kesan sampingan. Oleh itu, hanya sesuai digunakan untuk kes teruk dan tidak digalakkan guna dalam masa jangka panjang.
- Antibiotik boleh digunakan untuk merawat atau mencegah jangkitan bakteria
- Terdapat ubat-ubatan oral yang digunakan bagi mengurangkan kegatalan dan mengawal sistem imun.
Peringatan: Pengambilan ubat-ubatan yang dinyatakan di atas haruslah mendapatkan nasihat dan pengesahan daripada doktor yang berkenaan terdahulu.
Terapi cahaya
- Terapi cahaya mendedahkan kulit yang terjejas kepada ultraungu (UV), sama ada dibekalkan daripada matahari atau daripada peranti perubatan.
- Menggunakan terapi cahaya dalam tempoh masa yang panjang akan membawa kesan sampingan, seperti kanser kulit. Terapi cahaya tidak boleh dilakukan dalam kalangan bayi dan budak-budak.
Lain-lain
- Rawatan untuk kesan yang tertentu
- Kaunseling terhadap tekanan dan rasa malu
- Akupunktur atau Perubatan Cina
- Pengambilan makanan tambahan (seperti Vitamin D dan E, zink, selenium, dan pelbagai minyak tumbuhan)
- Aromaterapi
- Terapi mandi
- Terapi Urut
Peringatan : Oleh kerana eczema tidak dapat diubati dengan sepenuhnya, adalah penting bahawa keadaannya diatasi dengan teliti.
Cara Mencegah Ekzema
Ekzema tidak dapat dirawati dengan sempurna. Oleh itu, pentingnya untuk mengatasi dan menguruskan keadaan eczema. Cadangan-cadangan untuk menggelakkan daripada ekzema adalah seperti berikut.
- Elakkan daripada menggaru kulit.
- Menjaga kebersihan diri untuk menggelakkan jangkitan kuman.
- Menggunakan produk pelembap untuk menggelakkan daripada kulit yang kering.
- Elakkan daripada menggunakan perengsa seperti sabun, dan produk yang tidak sesuai.
- Jangan mandi dengan air panas, digalakkan menggunakan air suam dan jangan mandi terlalu lama.
- Pilih pakaian yang selesa bagi mengelakkan daripada geseran yang berlebihan dan mengeluarkan peluh yang berlebihan.
- Elakkan daripada tekanan psikologi, berjumpa dengan psikiatri atau kaunselor sekiranya perlu
- Elakkan daripada alergen seperti bulu, debunga dan sebagainya.
Rawatan Alternatif Ekzema dengan Suplemen Shaklee
Sebenarnya, bagi rawatan penyakit kulit Ekzema ini, anda boleh cuba:
- Energizing Soy Protein (ESP) – Sangat bagus untuk membantu penghasilan sel kulit baru yang rosak akibat Ekzema. Ia akan menjadikan kulit lebih anjal sihat dan gebu.
- Omega Guard – Berfungsi mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan kerana penghidap Ekzema menpunyai kulit yang sensitive.
*Gabungan ESP dan Omega Guard memastikan Ekzema tidak terus merebak dan memelihara kulit dari dalam
- Vitamin E Complex
- GLA Complex
*Gabungan Vitamin E dan GLA berkhasiat untuk merawat kulit yang rosak serta membantu memudarkan parut dengan berkesan. Ia juga mampu meningkatkan daya tahan (sistem imunisasi) bagi melawan Ekzema sekaligus mempercepatkan proses pemulihan kulit.
- Herbal Blend Cream – Ianya merupakan krim serbaguna. Bagus untuk melegakan kegatalan dan pedih akibat luka Ekzema. *TIDAK sesuai bagi ekzema berair
- Alfalfa Complex – Bertindak sebagai penyahtoksin dan mempertingkatkan lagi kekuatan sistem dalam tubuh badan.
Berikut merupakan cadangan suplemen yang dirasakan sesuai bagi merawat penyakit Ekzema. Namun begitu, tidak semestinya anda perlu mengambil semua apa yang dicadangkan. Anda boleh memilih suplemen yang dirasakan sesuai dengan kondisi anda dan mengikut bajet yang anda ada. Tapi alangkah bagusnya kalau boleh ambil semua apa yang dicadangkan di atas kerana kesannya akan menjadi lebih efektif. Dalam erti kata lain, anda dapat merawat Ekzema dengan lebih optimum. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.
Jadi buat pesakit Ekzema, jangan putus asa. Masih ada harapan untuk anda sembuh. Cubalah ikhtiar dengan pengambilan Suplemen Shaklee ni dulu. InsyaAllah, berbaloi-baloi sangat