Ketahui Punca, simptom dan Cara Rawatan Sakit Lutut serta Ketahui Juga Ikhtiar Rawatan Alternatif Lain Bagi Masalah Ini.

30/07/2018 0 By Nutrisi Guru
Ketahui Punca, simptom dan Cara Rawatan Sakit Lutut serta Ketahui Juga Ikhtiar Rawatan Alternatif Lain Bagi Masalah Ini.

Sakit lutut biasa terjadi dalam masyarakat kita terutama golongan yang berumur dan ianya merupakan salah satu masalah yang mengganggu kebanyakan individu. Ia boleh disebabkan beberapa perkara seperti trauma pada lutut, proses penuaan dan beberapa perkara lagi.

1. Istilah Perubatan

Anterior Cruciate Ligament(ACL): Tisu yang menyambungkan tulang peha dan betis

Tendon: Tisu yang menyambungkan otot kepada tulang
Bursae: Adalah tisu yang mengelilingi sendi yang menjadikan ruang sendi tersebut tertutup

2. Pengenalan

Sakit lutut merupakan salah satu rungutan yang selalu didengar terutamanya dari golongan yang sudah berusia. Akan tetapi ia juga boleh berlaku pada mereka yang masih muda (golongan atlet) disebabkan kecederaan seperti ligamen dan tisu rawan yang koyak.

Tisu rawan di sendi berfungsi untuk melancarkan pergerakan sendi tersebut dan mengurangkan geseran.

atlet-sukan-berpotensi-kena-sakit-lutut

Kebanyakan sakit lutut yang tidak serius dapat sembuh dengan sendirinya tanpa melakukan apa-apa rawatan perubatan. Penggunaan alat penyokong lutut (knee braces) mampu menstabilkan pergerakan lutut dan mengurangkan kesakitan. Akan tetapi terdapat beberapa jenis sakit lutut yang memerlukan pembedahan.

3. Simptom

Sakit lutut dan lokasinya adalah bergantung kepada faktor yang menyebabkan timbulnya kesakitan tersebut. Simptom dan tanda yang boleh ada pada lutut yang sakit adalah:

  • Lebam
  • Susah untuk melakukan pergerakan lutut
  • Rasa lemah dan lutut tidak berasa stabil. Keadaan ini selalu berlaku pada lutut yang mengalami koyakan ligament(anterior cruciate ligament tear)
  • Lutut yang berbunyi ketika berjalan ataupun ketika membengkokkan lutut. Ia selalu terjadi pada lutut yang mengalami osteoarthritis iaitu pada mereka yang sudah berumur, atlet ataupun mereka mengalami obesiti.

4. Punca

Punca sakit lutut boleh disebabkan kecederaan lutut, masalah mekanikal dan beberapa jenis keradangan sendi

c6b38b66fd0c5de19269f33f350fdcde

Kecederaan lutut

Kecederaan lutut yang berlaku disebabkan bersukan ataupun kemalangan boleh menyebabkan kerosakan pada ligamen, tendon dan bursae yang berada pada sendi tersebut. Beberapa kecederaan yang selalu berlaku pada lutut adalah:

  • Kecederaan pada ‘anterior cruciate ligament'(ACL). Ianyamerupakan salah satu ligamen yang menyambungkan tulang peha kepada tulang betis. Kecederaan ACL selalu berlaku ketika sukan. Ia akan menyebabkan lutut menjadi tidak stabil
  • Tulang patah ataupun retak. Tulang lutut termasuk tempurung lutut boleh retak ketika berlakunya kemalangan jalan raya.
  • Koyakan pada tisu meniscus. Tisu meniscus merupakan tisu rawan yang terletak dalam sendi lutut untuk melancarkan pergerakan sendi. Ia juga boleh koyak ketika sukan
  • Keradangan tendon. Tendon merupakan tisu yang bersambung daripada otot kepada tulang. Mereka yang terlibat dengan sukan larian, berbasikal dan melompat akan memberi tekanan yang lebih kepada tendon tersebut dan ini boleh menyebabkan brrlaku keradangan dan sakit lutut.

Masalah mekanikal

Terdapat beberapa masalah mekanikal yang menyebabkan sakit lutut berlaku

  • Tempurung lutut yang terkeluar daripada lokasinya
  • Sakit di bahagian tulang pinggul dan tapak kaki akan menyebabkan tekanan yang lebih tinggi dikenakan pada lutut yang berlawanan. Ini akan menyebabkan sakit dibahagian tersebut

Keradangan sendi(arthritis)

Berbagai jenis -arthritis yang boleh menyebabkan sakit pada bahagian lutut. Ianya seperti:

  • Osteoarthritis – Keradangan sendi jenis ini selalunya berlaku pada mereka yang sudah berumur. Ini kerana tisu rawan pada lutut semakin menghakis dan cecair synovial semakin berkurangan disebabkan umur yang meningkat. Apabila perkara tersebut berlaku, terdapat geseran tulang bersama-sama dengan tisu sekeliling menyebabkan kerosakkan di kawasan tersebut. Ini akan menyebabkan berlakunya keradangan yang berakhir dengan kesakitan
  • Rheumatoid arthritis
  • Gout
  • Septic arthritis – Disebabkan jangkitan kuman di dalam sendi tersebut.

5. Faktor risiko

Terdapat beberapa faktor risiko yang menyebabkan seseorang itu mudah menghadapi masalah lutut. Ianya adalah:

  • Berat badan yang berlebihan (obesiti) : Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan tekanan yang lebih tinggi pada lutut ketika berjalan ataupun melakukan aktiviti sukan. Ia akan memudahkan lagi kecederaan berlaku di kawasan tersebut jika
  • Tidak selalu bersenam: Jika seseorang itu tidak selalu bersenam dan tiba-tiba melakukan aktiviti ataupun sukan yang berat, ia akan menyebabkan kecederaan pada kawasan lutut mahupun kawasan sendi lain. Ini kerana ototnya tidak mempunyai kekuatan yang mampu menstabilkan sendi ketika melakukan sukan.
  • Beberapa jenis sukan berisiko: Terdapat beberapa jenis sukan yang sebenarnya boleh membuatkan seseorang berisiko untuk mengalami kecederaan lutut seperti bermain futsal, bola sepak, bola keranjang dan beberapa jenis sukan lain.
  • Mempunyai sejarah kecederaan lutut: Mereka yang mempunyai sejarah kecederaan lutut sebelum ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk ia berlaku lagi

6. Cara untuk mengelakkan sakit lutut

Walaupun tidak semua masalah lutut boleh dielakkan. Akan tetapi beberapa cara boleh dibuat untuk mengelakkan daripada masalah tersebut berlaku. Ianya adalah

  • Mengurangkan berat badan
  • Sentiasa melakukan senaman dan bersukan
  • Melakukan senaman ataupun sukan dengan cara dan posisi yang betul
  • Menggunakan alat penyokong lutut(knee braces) jika mengalami masalah lutut
  • Bertukar-tukar cara sukan untuk mengelakkan tekanan yang berterusan kepada sendi lutut. Sukan yang kurang membebankan lutut adalah sukan renang.

7. Penyiasatan

Terdapat pelbagai penyiasatan boleh dilakukan untuk mengesan penyebab kepada sakit lutut.

1) Pengambilan sampel darah

Full Blood Count(FBC)

Sampel darah yang digunakan untuk kajian FBC boleh melihat bilangan sel darah. Ia boleh menentukan sama ada pesakit mempunyai jangkitan kuman disebabkan septic arthritis. Ini kerana dalam septic arhtritis bilangan sel darah putih akan meningkat

Asid Urik

Jika masalah gout disyaki, pengambilan asid urik boleh menentukan samaada ia tunggi ataupun tidak. Asid urik yang tinggi boleh menyebabkan serangan gout pada sendi terutamanya lutut.

2) Pengambilan sampel cecair daripada lutut

Arthrocentesis

Ini merupakan prosedur untuk mengambil sampel cecari di dalam lutut. Ia selalunya dibuat jika lutut disyaki mempunyai jangkitan kuman

3) Pengimejan

X-ray

X-ray dibahagian lutut boleh dilakukan untuk memastikan pesakit mempunyai keretakan tulang mahupun masalah osteoarthritis. Selalunya untuk masalah osteoarthritis, x-ray akan menunjukkan ruang sendi yang semakin mengecil.

MRI(Magnetic Resonance Imaging)

Dengan menggunakan MRI, tisu disekeliling sendi lutut boleh dilihat. Jadi, koyakan pada Anterior Cruciate Ligament boleh disahkan dan jenis rawatan seperti pembedahan boleh ditentukan.

8. Rawatan

Rawatan masalah ini bergantung kepada penyebab sakit lutut tersebut. Selalunya bagi masalah yang kronik seperti osteoarthritis, ubat tahan sakit akan diberikan. Pesakit perlulah mengambil ubat tersebut jika sakit itu terlampau kuat. Jika tidak, ia tidak perlu diambil dengan kerap kerana boleh menyebabkan masalah gastrik.

Penggunaan Pelindung lutut (knee guard)

Pesakit yang mengalami koyakan ligamen dibahagian lutut selalunya akan mempunyai sendi lutut yang tidak stabil. Apabila pesakit berlari dan cuba untuk berpusing, pesakit akan merasakan lututnya tidak stabil dan pesakit akan jatuh. Pesakit seperti ini perlulah menggunakan alat pelindung lutut(knee guard) untuk mengelakkan perkara tersebut daripada terjadi.

Penggunaan alat ini juga boleh mengelakkan ligamen daripada terkoyak

Suntikan

Terdapat beberapa ubat yang boleh disuntik pada bahagian lutut untuk mengurangkan sakit dan merawat masalah tersebut. Ianya adalah:

  • Steroid: Suntikan steroid dalam lutut boleh mengurangkan rasa sakit dan keradangan dibahagian lutut. Ia boleh bertahan untuk beberapa bulan lamanya. Akan tetapi ia tidaklah berkesan kepada semua jenis sakit lutut
  • Asid hyaluronik: Cecair asid hyaluronik merupakan salah satu cecair yang berada di dalam sendi yang berfungsi sebagai pelincir. Suntikan asid hyaluronik dapat mengurangkan rasa sakit tersebut selama beberapa bulan

Pembedahan

Sebelum rawatan pembedahan dilakukan, pesakit selalunya diberi masa untuk memikirkan perkara tersebut. Terdapat beberapa jenis pembedahan dilakukan untuk beberapa jenis punca sakit lutut. Ianya adalah:

  • ACL Reconstruction: Dalam masalah Anterior cruciate ligament yang terkoyak, pembedahan untuk menyambungkan semula ligamen tersebut merupakan satu cara yang berkesan jika pesakit ingin bersukan semula
  • Knee Replacement: Dalam pembedahan ini, lutut pesakit akan digantikan dengan lutut yang baru terdiri daripada logam khas. Ia selalunya dilakukan pada pesakit yang mengalami masalah osteoarthritis yang teruk

Dengarkan kisah di bawah,

Assalamualaikum W.B.T,

Anak mana yang sanggup tengok bonda yang mengandung dan melahirkan kami 9 beradik mengadu sakit dan susah untuk bangun pada waktu pagi. Mungkin bonda sangat bekerja keras pada waktu mudanya untuk sara kami adik beradik. Dengan faktor usia yang makin meningkat sekarang, Bonda sering sakit sendi, sakit lutut, sakit belakang, dan selalu kejang kaki waktu pagi.

Kami bawa bonda untuk mendapatkan rawatan di beberapa klinik dan hospital, namun doktor tidak berani memberikan ubat yang tinggi dose nya kerana faktor usia bonda yang dah mencecah 68 tahun. Doktor hanya memberikan ubat tahan sakit yang tahan sekejap sahaja..
menurunkan-demam-anak

Kadang-kadang bonda tidak boleh solat berdiri dan kadang-kadang bonda tidak boleh jalan lama. Paling menyedihkan bonda mempunyai masalah kekuatan otot di bahagian pinggang ke bawah.

Sejak kenal Shaklee, saya sangat gembira melihat perubahan positif terhadap kesihatan bonda dari hari ke hari. Vivix adalah minuman kegemaran bonda yang kaya dgn khasiat. Bonda cakap vivix sedap dan cepat kenyang. Selain itu, bonda juga amalkan supplemen lain seperti Omega Guard dan Ostematrix untuk
tambahan kesihatan dalaman.

Selepas 3 bulan bonda amalkan Shaklee dah nampak perubahan pada kesihatan Bonda. Syukur dengan izin Allah bonda semakin sihat, cergas ,boleh berjalan-jalan seperti biasa dan boleh berkebun. Saat bahagia apabila dapat menikmati masa-masa lapang dengan bonda tersayang.

Yang paling penting, bonda semakin awet muda dan berseri- seri walaupun sudah mencecah 68 tahun dan mempunyai 25 orang cucu..

Kami sekeluarga yakin dan akan terus ikhtiar dengan Shaklee.Terima kasih Shaklee! Love from us.

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 27: SITI SUHAILA ISMAIL.

****************************************

Berminat untuk mendapatkan produk-produk di atas? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.

Click Here to Purchase

Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.

Picture1

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509

Rujukan:

  1. Knee problems. National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases. http://www.niams.nih.gov/Health_Info/Knee_Problems.
  2. Firestein GS, et al. Hip and knee pain. In: Kelley’s Textbook of Rheumatology. 9th ed. Philadelphia, Pa.: Saunders Elsevier; 2013. http://www.clinicalkey.com. 
    Beutler A, et al. Approach to the athlete or active adult with knee pain. http://www.uptodate.com/home. 
  3. Common knee injuries. American Academy of Orthopedic Surgeons. http://orthoinfo.aaos.org/topic.cfm?topic=A00325.
  4. Kalunian KC. Nonpharmacologic therapy of osteoarthritis. http://www.uptodate.com/home. 
  5. Kalunian KC. Initial pharmacologic therapy of osteoarthritis. http://www.uptodate.com/home.
  6. Sumber featured image: advancells.com