Kita semua tahu bahawa kecantikan bermula dari dalam. Apa yang anda makan, suplemen yang anda ambil, dan gaya hidup anda semuanya menyumbang kepada kesihatan luaran anda.
Tetapi, tidak kira betapa bagusnya anda menjaga kecantikan dalaman, kecantikan luaran juga tidak kurang pentingnya dan semestinya anda ingin kulit anda benar-benar bersinar dan tiada kedutan atau garis-garis halus di wajah.
Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda menjadi lebih sihat dan lebih cantik di dalam dan luar.
Makan dengan baik dan amalkan senaman.
Asas kesihatan untuk kedua-dua badan mahupun kulit anda adalah diet yang sihat dan rutin senaman yang teratur (1). Diet yang sihat bermakna diet yang rendah gula juga kurang pengambilan makanan yang diproses, lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dan protein tanpa lemak, yang berkualiti tinggi. Juga, menjaga diri anda daripada dehidrasi adalah penting, jadi pastikan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari. Senaman membantu melancarkan aliran darah ke seluruh badan dan kulit anda. Ia juga membantu mengawal tekanan, memperbaiki kualiti tidur, meningkatkan mood, mengawal berat badan anda. Cuba dapatkan 30-60 minit senaman setiap hari.
Mempunyai rutin penjagaan kulit yang baik.
Mulailah dengan pembersih dan toner yang baik dan ikuti dengan pelembap-terutama sebelum anda tidur. Penggunaan produk yang mempunyai spektrum SPF yang luas adalah suatu keharusan pada siang hari. Luangkan lebih masa pada kulit halus yang mungkin memerlukan penjagaan istimewa terutama kulit wajah seperti di sekeliling mata anda.
Koleksi penjagaan kulit YOUTH® menawarkan produk-produk yang terbukti secara klinikal yang dibuat secara harmoni dengan alam semula jadi. Ia bukan sahaja meningkatkan kesihatan kulit anda tetapi juga mampu menjadikan kulit kepada usia yang lebih muda.
Penuaan Perlahan bermula dari Peringkat Selular.
Setiap hari, sel-sel kita rosak kesan dari pendedahan alam sekitar, diet, dan tekanan, yang boleh menyebabkan pembentukan radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan komponen sel seperti DNA dan kerosakan ini akan berkumpul dari masa ke semasa. Disokong oleh enam paten, Vivix® mengandungi polifenol yang kaya dengan asid elagik, yang direka untuk membantu melindungi dan membaiki DNA untuk melambatkan penuaan pada level sel. Vivix® merupakan sebatian resveratrol anti penuaan paling berkuasa, paling tulen dan paling kuat zaman ini. Dalam kajian makmal, bahan-bahan dalam Vivix telah menunjukkan memberikan kesan positif melalui empat mekanisme utama penuaan selular
Dapatkan tidur malam yang baik.
Tidur yang cukup adalah penting bagi mendapatkan kesihatan kulit dan badan yang baik. Satu kajian dalam jurnal Sleep menunjukkan bahawa kesan dari kurangnya tidur benar-benar ditunjukkan di wajah anda. Golongan yang kurang tidur mempunyai kelopak mata yang bengkak, kemerahan, lingkaran hitam keliling mata, eyebag, kemunculan garis-garis halus diwajah, kedutan, dan kulit pucat.(ii)

Jika anda sejenis yang susah untuk tidur, cuba gunakan alternatif produk semulajadi yang dapat membantu anda mendapatkan 7-8 jam tidur yang lena setiap malam.
Sentiasa De-stress.
Tekanan bukan sahaja mempengaruhi mood dan fikiran anda tetapi juga kesihatan badan anda dan juga penampilan anda! The Brain–Skin connection is stronger than you think! Cuba slow-down, duduk, tarik nafas panjang, dan berehat. Anda boleh mencuba yoga, berjalan di luar rumah, atau melakukan sesuatu yang anda suka lakukan untuk menghilangkan pemikiran negatif itu!
Senyum lebih kerap.
Wajah yang sentiasa tersenyum akan sentiasa terlihat cantik. Ianya seolah menghidukan seri wajah anda dan mencetuskan kebahagiaan dan positif kepada suasana sekeliling. Bersyukurlah untuk apa yang anda miliki, tunjukkan kebaikan, dan sentiasa bersedia membantu orang-orang di sekeliling anda. Dengan sedikit perhatian terhadap kesihatan anda di dalam dan luar, anda akan berasa diri anda yang terbaik dalam masa yang singkat!
Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509
Rujukan:
[i] Primavesi L, Piantanida M, Pravettoni V. Mediterranean Diet and Skin Health. In Bioactive Dietary Factors and Plant Extracts in Dermatology 2013 (pp. 3-14). Humana Press.
[ii] Sundelin T, Lekander M, Kecklund G, Van Someren EJ, Olsson A, Axelsson J. Cues of fatigue: effects of sleep deprivation on facial appearance. Sleep. 2013 Sep 1;36(9):1355-60.