Kudis Buta (Scabies) merupakan penyakit kulit yang paling kerap terjadi dalam kalangan masyarakat kita namun selalu disalah erti sebagai alahan (allergic) ataupun penyakit keturunan. Penyakit Scabies ni paling kerap terjadi terutama untuk golongan pelajar yang tinggal di kawasan asrama, golongan kanak-kanak serta bayi.
Apakah punca Kudis Buta?
Kudis Buta ialah penyakit yang disebabkan jangkitan sejenis kutu yang bernama ‘Sarcoptes Scabiei’. Manusia adalah perumah kepada kutu ini. Kadangkala kutu ini boleh juga dijumpai pada kucing dan anjing. Kutu ini hanya dapat hidup selama 14 hari jika ia berada di luar perumah (manusia). Kutu ini juga tidak dapat bertahan pada suhu lebih 60 darjah celcius.
Bagaimana Scabies boleh merebak?

Kutu ini merebak melalui hubungan rapat dengan pesakit seperti :
- berkongsi pakaian, tuala dan selimut
- berkongsi tempat tidur
- sentuhan antara kulit ke kulit
Bagaimana kutu ini tinggal dalam manusia?
Kutu ini mengorek liang kecil dan tinggal di bawah lapisan kulit manusia. Kutu ini akan bertelor dan membuang najis. Najis ini yang menyebabkan pesakit merasa gatal kerana tindakbalas alahan (alergic).
Apakah simptom-simptom Kudis Buta?
- pesakit akan mula mengalami simptom selepas 10-14 hari mendapat jangkitan kutu.
- GATAL terutama pada waktu malam. Saya tidak pasti mengapa gatal lebih ketara waktu
malam.Mungkin ini sebabnya dipanggil Kudis Buta (menggaru semasa tidur) 🙂 - selalunya simptom ini akan melibatkan seluruh ahli keluarga yang tinggal serumah dengan pesakit.
Bahagian badan yang kerap dijangkiti Kudis Buta.
- celah jari tangan dan kaki
- pergelangan tangan
- ketiak
- pinggang
- pusat
- kemaluan
- punggung
- kepala (bayi kecil)

Langkah Pencegahan Kudis Buta
- Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.
- Masukkan barang-barang yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup.
- Simpan sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.
- Perabot dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas.
- Seelok-eloknya pesakit kudis buta perlu mandi dengan air suam untuk membuka liang roma sebelum disapu ubat khas untuk kudis buta ini.
Saya pernah terangkan mengenai langkah pencegahan melalui ikhtiar semulajadi. Boleh rujuk disini.
Tidak bahayakah berikan vivix kepada kanak kanak dua tahun?
Vivix ini bukan ubat tetapi campuran 4 tumbuhan yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan. seperti kita makan buah, sayuran, cuma bezanya tumbuhan, sayuran ini di jadikan dalam bentuk cecair yang memudahkan kita untuk makan. Testimonial Anak 2 tahun Yang Ada Kudis Buta Dan Akhirnya Sembuh
Bagaimana mahu membeli vitamin VIVIX ini?
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Rujukan: drhanafiya
Kesimpulannya,
Ramai sebenarnya yang mengalami masalah scabies ni dan tak pasti bagaimanakah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini. Buktinya, video berkenaan kudis buta yang saya upload tahun lepas kini telah mencecah 9.5k views.
Ada beberapa artikel saya tuliskan tentang Vivix & juga ResV, anda boleh baca di pautan berikut:
- ResV Produk Terbaru di Pasaran, Apa Beza ResV dan Vivix?
- ResV Shaklee Bantu Perbaiki Sakit Kulit, Gatal-Gatal dan Berkerapu
- Ekstrak Buah Elderberry Bagus Untuk Lawan Jangkitan Virus Penyebab Selsema
- Khasiat Chebulic Myrobalan, Herba yang Digunakan Sejak 2000 Tahun dalam Perubatan Ayuverda
- Dah Makan Shaklee Tapi Tak Menjadi Pun, Kat Mana Yang Salah?
- Ikhtiar Suplemen atau Makanan Tambahan untuk Pesakit Barah/Kanser Agar Tidak Cepat Letih dan Lemah
- ResV Party Shaklee di RUANG, Shah Alam
- Mudahnya Merawat Penyakit Kayap! Ketahui Rahsianya Disini!
Anda Berminat? Dapatkan Vivix atau ResV Sekarang!
Anda ada masalah kesihatan yang memerlukan anda ubah gaya hidup atau anda berminat dengan kebaikan polifenol yang ada dalam Vivix atau ResV? Ayuh wasap saya ya.
Bagaimana Nak Beli?
Sila wasap saya atau klik link di bawah
Klik untuk Beli Vivix atau ResV Shaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.