Apa aktiviti hujung minggu anda? Jom cuba masakan paling simple tapi sedap ini sekarang! Hujung minggu anda pasti lebih bermakna.
Bahan-bahan:
Bahan A
4 cawan Broth Ayam
Bahan B
1 biji bawang, dicincang
3/4 cawan ubi kentang, dipotong dadu
3/4 cawan lobak merah, dipotong dadu
2 batang saderi, dipotong dadu
Bahan C
2 cawan ayam tanpa tulang dan ayam tanpa kulit, dimasak dan dipotong dadu/kiub
1/2 cawan pasli segar, dicincang
1/4 cawan, ketumbar, dicincang
Garam dan Lada secukup rasa
Cara-caranya:
- Didihkan Bahan A.
- Kemudian masukkan Bahan B. Kacau sambil kecilkan api, kemudian tutup periuk dan reneh, sehingga sayur-sayuran menjadi lembut.
- Masukkan Bahan C dan reneh selama 4-5 minit. Hiaskan dengan ketumbar dan sedia untuk dihidang!