Sepanjang musim Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan ni, (PKP), saya turut menjadi pembantu masakan kepada penyewa-penyewa di Bangunan Kurshiah yang tak balik kampung masing-masing. Jadi, sambil dapat makanan percuma, dapatlah juga ilmu teknik-teknik dan tips masakan dari warden disini iaitu Puan Fatimah.
Hari ini saya nak kongsikan resepi Bubur Nasi dan Sup Meatball. Dah namanya hantu bubur, memang banyaklah saya tambah. hihi. Jom tengok resepi mudah cara membuatnya dibawah ini.
Bahan – Bahan
- Nasi Putih
- Bawang besar – potong dadu
- Bawang putih – tumbuk kasar
- Meatball – potong ikut suka, kemudian rebus dan toskan
- Cili – ikut suka
- Bunga Lawang
- Kakah Kasa*
- Rempah Sup
- Garam & Penambah rasa
- Daun Sup & Daun bawang (hiasan)
- Cili potong bulat (hiasan)
Cara Masak
- Nasi putih masak atas api yang sederhana sampai lembut.
- Tumis kakah kasa sampai naik bau
- Masukkan cili potong
- Masukkan bawang besar dan goreng sampai layu,
- Masukkan bawang putih, rempah sup dan Meatball
- Masukkan air rebusan meatball tadi, masukkan cili
- Masukkan garam kasar
- Masak sehingga mendidih
- Perasakan dengan garam halus
Nota: Kakah Kasa (loghat Kelantan) = Rempah 3@4 Beradik

Apa Itu Rempah 4 Beradik?
Rempah 4 Beradik iaitu
- Bunga Lawang (Star Anise)
- Berbau manis, turut sama dihidangkan bersama teh panas. Menambah aroma ke dalam masakan. Juga boleh digunakan untuk menambah rasa dalam masakan jenis kari.
- Bunga Cengkih (Clove)
- Berbentuk seakan-akan microphone, bunga cengkih mempunyai rasa yang tajam, kuat dan manis yang hampir-hampir pedas atau berangin. Ia juga mempunyai rasa yang pahit dan kelat. Bunga cengkih selalunya digunakan dalam masakan nasi beriyani bagi menambah rasa dan aroma masakan tersebut
- Buah Pelaga (Cardomom)
- Pelaga adalah sejenis rempah yang termahal di dunia kerana sifatnya yang eksotik. Ianya dikenali sebagai ‘Ratu segala Rempah’
- Sering digunakan dalam masakan manis dan rasanya sangat enak. Buah pelaga juga boleh dicampur dengan minuman seperti kopi, teh, kuih-muih dan juga kek.
- Kayu Manis (Cinnamon)
- Kayu Manis adalah gelaran kepada kulit kayu dari pelbagai jenis pokok malar hijau yang berasala dari jenis Cinnamomum. Kayu manis berciri kayu asli, semulajadi dan rasanya tengik.
- Kulit kayu manis akan digoreng dalam minyak panas sehingga gulungan dibuka untuk membebaskan harumannya. Selain dari masakan, kulit kayu manis juga saya seringkali gunakan sebagai penawar kepada stomach cramp (period pain) sewaktu datang bulan (menstrual period). Dihidangkan bersama teh panas, tanpa gula, kulit kayu manis akan memberi rasa manis yang tersendiri dalam minuman tersebut.