Bahan – Bahan
- Terung – belah 4 dan perap dengan kunyit
- Cili Besar Merah/Hijau – Blend
- Udang Kering – Tumbuk Kasar
- Bawang Putih – Blend
- Bawang Merah – Blend
Cara Masak
- Goreng terung hingga layu.
- Angkat dan toskan.
- Tumiskan Bawang Putih, Bawang Merah
- Masukkan 1/2 sudu gula
- Masukkan 1 sudu kecil garam & Penambah rasa
- Masukkan Cili yang telah dikisar bersama sedikit air & Udang Kering
- Tunggu sampai kering air kemudian masukkan Terung
- Siap untuk dihidang.


Tips:
- Masa goreng terung, jangan masukkan terlalu banyak terung ke dalam minyak kerana nanti terung akan masak tidak sekata dan tak cantik warna kulitnya.
- Terung harus digoreng di dalam minyak yang banyak.

Buat para penggemar terung, menu macam ni pasti membuka selera makan anda. Tambah pula kalau makan dengan nasi panas-panas. Mesti menambah tak ingat dunia. Resepi Terung Goreng Balado ni so far yang paling mudah dan sangat sedap. Tapi harus diingat, sayur terung ni merupakan kategori sayuran yang boleh menyebabkan perut kembung dan rasa senak serta tak selesa. Jadi, berpada-padalah ya.

Untuk resepi ini saya gunakan cili merah sahaja sebab masak untuk hampir 20 orang takut ada yang tak tahan pedas. Tapi sekiranya anda memang masak untuk diri sendiri, boleh la tambah juga cili padi merah atau hijau yang segar kerana warna sambal akan jadi cantik dan rasanya sangat sedap dengan terung. Personally, saya suka sambal yang warna hijau tu lagi sebenarnya. Nampak rare. huhu.
Sebagai ganti kepada udang kering, anda boleh gunakan ikan bilis atau belacan.
Selamat Mencuba.
Artikel berkaitan:
- Resepi Cara Buat Bungeoppang Korea- Kuih Ikan Korea
- Resepi Sarapan Pisang Oatmeal Sedap & Berkhasiat
- Resepi Bubur Nasi & Bebola Daging Yang Mudah
- Resepi Minuman Mango & Grape Smoothie
- Resepi Minuman Oreo Milkshake Padu