Resepi Mudah Cara Buat Bungeoppang-Kuih Ikan Korea

Hi korang, so harini rasa macam ada kelainan sikit citarasa anak tekak ni. Rasa macam nak makan kuih yang manis tak manis sangat, tawar, tak tawar sangat, gebu tak gebu sangat. Lol.

So, antara kuih yang menepati kriteria yang saya nak diatas adalah Kuih Ikan Korea yang dikenali sebagai Bungeoppang oleh masyarakat Korea manakala di Jepun, kuih ini dikenali sebagai Taiyaki.

Korang tengok la video ni, mana tak mengalir air liur satu baldi, dengan kerangupan dia.

Sumber: Youtube ASMR Phan

So, sebab dah tak tahan lagi rasa nak balik terus buat, kita pun carilah resepi kuih ni. Merata cari. Tapi resepi yang ni paling simple. Mudah je sebenarnya nak buat kuih ni.

Sumber: Google

Bahan-bahan

    • 2 cawan (- 2 tbsp) tepung gandum
    • 2 tbsp tepung pulut
    • 1 1/2 cawan susu segar
    • 2 tbsp gula perang
    • 1 tsp baking powder
    • Sedikit garam
  • Inti kacang merah/Nutella

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan dan tapis kan.
  2. Panas kan mold dan semburkan sedikit cooking oil.
  3. Isikan adunan ke dalam mold, kemudian letakkan inti kacang merah.
  4. Penuhkan mold dengan adunan. Masak 3 min setiap bahagian. Sedia dihidang.

Senang kan nak buat? Semua bahan-bahan tu rasanya korang semua pun dah ada kat dapur tu. Yang tinggal nak kena beli adalah mold ikan tu.

Sumber: Google

Sumber : Google

 

Korang kena ada mold berbentuk ikan tu la kalau nak betul-betul exactly sama macam Bungeoppang/Taiyaki tu. Kalau takde mold, boleh buat atas non stick pan biasa. Tapi jadi ala-ala pancake la nanti. Hehe.

Terpulang mengikut citarasa korang la.

Bye!

Fara Hana

Pengedar Shaklee Aktif Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!