Sejujurnya, saya seringkali mendapat whatsapp dari pengguna Shaklee berkenaan pengambilan Shaklee. Bila ditanya, beli dari siapa, maka keluarlah macam-macam variasi jawapan. Beli dari Lazaga, dari Chopee, dari kawan, kakak ipar, sepupu sepapat, jiran sebelah rumah dan macam-macam lagi. Asalkan jumpa ahli Shaklee, beli saja. Tidak kiralah siapa pun mereka. Buat pengetahuan semua pembaca Nutrisi Guru sekalian, terdapat perbezaan ya antara pengedar aktif dengan ahli biasa Shaklee.
Pengedar aktif merupakan seorang pengedar yang lengkap dengan ilmu bagi setiap produk shaklee, dia tahu semua info, bila waktu terbaik makan Vitalea, Ostematrix, ResV dll, dia juga tahu apa yang nak kena pantang, suplemen mana yang tak boleh diambil serentak dll. Manakala ahli biasa Shaklee pula adalah seorang consumer, pengguna produk shaklee yang mana dia tak semestinya guna kesemua produk shaklee dan secara tidak langsung, dia tak semestinya tahu tentang semua produk Shaklee. Jadi, kena ingat ya beza kedua-duanya.
Ada dikalangan yang mesej saya telah ambil Shaklee 8 bulan, ada yang baru 1 atau 2 bulan dan dakwa mereka masih tiada kesan. Jadi dalam artikel ini saya fokuskan perkara ini.
Tiada Kesan Walaupun Berbulan-bulan Ambil Shaklee
Ada beberapa sebab kenapa perkara ini berlaku. Mari kita lihat, anda dari golongan kategori yang mana satu di bawah ini:
1. “…..Saya Beli Shaklee Dari……”
Bukan seorang, malah ramai juga sebenarnya hubungi saya untuk minta konsultansi semula dengan produk yang mereka beli. Antara sebabnya adalah:
- Tidak dapat menghubungi pengedar sebelum (samada sudah tidak buat bisnes, menyepi, tidak jawab mesej / call)
- Beli daripada ahli biasa (ahli biasa Shaklee pun minta guide line cara makan daripada pengedar aktif. Ahli biasa mungkin di kalangan kawan-kawan, ahli keluarga atau jiran.
- Beli dari farmasi (farmasi atau klinik tidak menyediakan khidmat konsultansi selepas jualan di samping penjualan di farmasi dan klinik adalah dilarang sama sekali)
- Beli dari Lazaga, dari Chopee. Ini memanglah anda tidak tahu langsung siapa seller dan hendak dapatkan khidmat selepas jualan pun tiada.
Cara pengambilan adalah berbeza dari segi orang sihat, orang sakit (sakit apa, tahap apa, teruk atau tidak dsb). Jadi bagi kami pengedar yang terlatih, kami akan konsult supaya anda mendapat manfaat yang optimum daripada pembelian Shaklee anda.
Jadi seeloknya belilah daripada saya khususnya.
2. “…..Saya Beli 1 Sahaja Produk Untuk Masalah Kesihatan Saya…”
Ada juga yang beli 1 sahaja walaupun telah dinasihatkan beli ikut set yang disediakan. Mungkin ini disebabkan masalah bajet. Ok takpe, cuma disini saya ingin jelaskan kenapa saya BERIA menggalakkan anda untuk membeli mengikut pakej kesihatan yang disediakan, minima beli 2 jenis.
Dalam satu kajian klinikal yang diketuai oleh Dr Gladys, mereka membuat perbandingan 3 kelompok pengguna iaitu:
- Pengguna tanpa apa-apa suplemen
- Pengguna 1 jenis suplemen sahaja
- Pengguna dengan pelbagai jenis suplemen (suplemen: Shaklee)

Kajian dilakukan ke atas pengguna melebihi 15 tahun ke atas. Dan kajian dilakukan ke atas 1000 orang pengguna. Hasil kajian mendapati kumpulan pengguna 1 jenis suplemen mempunyai keputusan yang ‘lebih kurang’, ataupun lebih teruk dari kumpulan yang langsung tidak mengamalkan apa-apa suplemen.
Penjelasannya,
Jumlah keperluan setiap vitamin oleh badan adalah berbeza. Contohnya vitamin c diperlukan oleh individu dewasa sebanyak 1000mg sehari. Jika seseorang hanya mengambil pil multivitamin (yang mengandungi semua jenis vitamin dan mineral), kemungkinan nilai vitamin C didalamnya adalah terlalu sedikit.


Saya ambil contoh multivitamin jenama C**** hanya mengandungi 180 mg vitamin C sahaja. Jadi berapa biji anda perlu telan sehari untuk mendapatkan 1000 mg sehari vitamin C? 16 biji. Dan anda pun bukan ambil 16 biji, paling maximum, sekadar ambil 2 biji sahaja sehari. Jadi tidak cukup pun. Begitu juga vitamin A, B, antioksidan dan lain-lain lagi.
Sebab itu apabila kami mencadangkan pengambilan dalam pakej, ianya adalah untuk memenuhi keperluan nutrisi badan seseorang. Keperluan nutrisi bagi orang sihat dan orang sakit adalah berbeza.
3. “……Saya Sakit Dah Lama, Kalau Boleh, Bila Makan Shaklee Nak Terus Baik Dalam Masa 24 Jam……”
Satu perkara kena faham adalah tempoh waktu anda sakit.
Tempoh waktu sakit ni perlu diambil kira ya. Sama ada baru sebulan sakit, atau telah sakit sejak 20 tahun lamanya. Selain tempoh waktu, usia anda juga turut memainkan peranan. Ini semua merupakan faktor utama kepada tahap kecepatan atau kelambatan kesan pengambilan Shaklee ke atasa diri anda.
Ada seorang customer kanak-kanak berumur 11 tahun mengidap diabetes (tahap gula 20) dengan berat badan 70kg. Masuk hospital telah 2 minggu. Ibu beliau mencuba Vivix. Sebab kanak-kanak jadi ambil sikit sahaja. Baru 2 hari ambil Vivix, tahap gula sudah turun hingga 7.
Jadi apa yang membezakan?
- Tempoh sakit. Baru atau lama memainkan peranan juga. Bila sudah lama sakit, semakin banyak sel atau organ yang melemah, jadi ia memang mengambil masa untuk membantu rawatan.
- Umur. Jika anda masih muda, lebih mudah untuk cepat sembuh.
- Banyak Penyakit Lain. Sekiranya individu mempunyai penyakit seperti penyakit tiga serangkai (darah tinggi, jantung, kencing manis), atau penyakit-penyakit lain (penyakit kulit, autoimmune dll) dalam tempoh masa beliau mengamalkan suplemen, sudah tentu, badan memerlukan tempoh waktu yang lama supaya suplemen Shaklee dapat bantu lengkapkan nutrisi yang lompong seterusnya badan dapat berfungsi dengan baik serta membantu rawatan mereka.
- Tahap toksin dalam badan. Semakin berumur, semakin banyak toksin dalam badan. Sebab itu apabila berumur 35 tahun ke atas atau memang sudah bertahun-tahun ambil ubat, kami akan cadangkan ambil DTX Complex untuk membantu hati berfungsi dengan lebih efisien untuk menyingkirkan toksin.
Terutama bagi anda yang ada penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang, diabetes, darah tinggi, kanser, SLE dan lain-lain anda berpeluang juga untuk pulih, cuma akan mengambil masa. Ada orang 3 bulan, 6 bulan, setahun, 3 tahun pun ada. Jadi bersabarlah, teruskan berhubung dengan pengedar anda, selalu maklumkan keadaan anda supaya kami pun boleh merujuk kepada pakar nutrisi dan doktor dalam kumpulan kami.
4. Pemakanan
Setengah orang ambil mudah,
“…Saya sudah ambil Shaklee, jadi saya bolehlah nak makan apa sahaja sebab nanti saya balik rumah, saya detox dengan Shaklee balik….”
Sebenarnya ini tidak memberikan kebaikan pun kepada anda jika anda masih tidak menjaga aspek pemakanan. Shaklee mempunyai kajian klinikal ke atas setiap ramuan, produk dan keberkesanannya. Kajian Shaklee bukan 1 atau 2, tapi beribu-ribu setahun. Dianggarkan Shaklee memperuntukkan sebanyak USD300 juta setahun hanya untuk kajian klinikal dan ujian.
Walaupun anda memakan suplemen terbaik, tetapi anda tidak menjaga pemakanan anda, ia tetap tidak memberikan anda kebaikan. Anda makan suplemen untuk antioksidan, tetapi pada masa yang sama anda makan makanan yang menentang sifat antioksidan (seperti pemakanan yang menjana radikal bebas seperti makanan diproses, gula dll).
Jadi ia sebenarnya tidak banyak memberikan kesan kepada kesihatan anda. Sebab itu, kami juga sarankan pemakanan yang elok dan tidak elok untuk anda. Samada anda ikut atau tidak, wallahualam. Kami andaikan ikutlah. Juga pengambilan air yang mencukupi juga sangat penting. Kurang air boleh menyebabkan healing crisis berpanjangan.
Selain itu, cuba untuk mengurangkan pengambilan kafein. Kafein yang banyak boleh merosakkan vitamin yang kita makan. Seolahnya vitamin yang kita makan selama ini akan terbazir dengan begitu sahaja. Sebab itu kita tidak nampak kesan yang ketara hasil makan suplemen Shaklee. Jarakkan tempoh minum kopi/teh selama 3 jam daripada masa anda makan suplemen.
5. Pengambilan Yang Konsisten
Sekejap ambil, sekejap tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang terlupa. Kami boleh tahu anda konsisten atau tidak sebenarnya. Contohnya anda ambil Vivix tapi sampai 4 bulan pun belum habis sebotol. Ini memanglah tidak konsisten maknanya. Ini kerana sebotol Vivix anggaran dalam 1.5 hingga 2 bulan bergantung kepada dos yang diberikan.
Bila tidak konsisten, bagaimana anda hendak mendapatkan kesan optimum pengambilan Shaklee? Jadi lepas ini pastikan anda ambil secara konsisten ya.
Selain itu ada juga yang makan tidak cukup dos yang diberikan. Pengedar kata ambil Vitamin C 2 biji 2x sehari. Tapi ada juga yang ambil 1 biji sahaja sehari. 1 biji sehari sebenarnya untuk orang sihat, dan anda kena tahu zaman sekarang yang macam-macam penyakit ini 1 biji sehari sudah tidak lagi relevan sebenarnya.
6. Tidak Bersenam
Bersenamlah walaupun sekejap atau sedikit. Yang penting dalam seminggu mesti ada senaman. Ini kerana, senaman penting untuk menaikkan metabolisme dan menyihatkan organ kita.
7. Tidak Yakin
Anda ambil Shaklee anda yakin tak yang Shaklee boleh membantu anda dengan masalah kesihatan anda? Memang ada bezanya. Kita ambil Shaklee adalah sebagai ikhtiar, Shaklee tidak memainkan sifat penyembuh, sebaliknya Shaklee adalah asbab yang boleh anda ikhtiar untuk kembali sihat. Ikhtiar ini sesuai dengan perintah Allah juga supaya kita berusaha menjaga kesihatan tubuh badan kita. Tubuh kita sendiri adalah amanah Allah.
Menjaga kesihatan tubuh badan serta mengamalkan cara hidup sihat sebenarnya salah satu tuntutan maqasid syariah iaitu menjaga nyawa dan diri. Tubuh badan kita adalah amanah daripada Allah SWT. Apabila ia menjadi amanah dan tanggungjawab, maka setiap manusia tidak boleh membiarkannya memudaratkan mereka.
Sangat penting kesihatan dijaga dan diurus dengan baik bagi memperoleh kebahagiaan serta kesejahteraan hidup di dunia.Setiap manusia yang beriman juga perlu sentiasa menzahirkan rasa kesyukurannya apabila mendapat sesuatu nikmat termasuklah kesihatan tubuh badan.
Selain itu, berkait rapat dengan tubuh badan sihat juga adalah mendapat nikmat umur yang panjang.
Sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW, “Siapakah orang yang terbaik di dunia?”
Maka, Nabi SAW menjawab yang bermaksud: “Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya.”
Ada orang yang diberikan umur yang panjang, namun sayang dia tidak dapat mengisi kelebihan itu dengan melakukan kebaikan. Contohnya, Musailimah Al Khadzab, dia adalah seorang nabi palsu yang hidup sezaman dengan Rasulullah SAW. Malah, dia juga meneruskan dakwah palsunya pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq.
Berapa usia yang Allah SWT kurniakan kepadanya? Menurut riwayat, dia meninggal pada usia 120 tahun. Malah, ketika hayatnya juga dia pernah duduk satu majlis bersama Nabi SAW. Walaupun pernah duduk dalam satu majlis dengan Nabi, belum tentu menjamin seseorang itu berada atas landasan kebenaran.
Berbeza pula dengan Imam an-Nawawi, usianya tidak panjang iaitu sekitar 45 tahun, namun sirah kehidupannya dibaca ramai manusia hingga hari ini.
Panjang penjelasa saya dalam entri kali ini. Bukan apa, saya kena jelaskan juga. Ini satu proses mendidik. Mendidik masyarakat tanggungjawab saya juga.
Jadi teruskan berusaha ya. Jangan putus asa, disamping dapatkan Shaklee daripada pengedar bertauliah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya.
Anda Berminat Ingin Mencuba? Dapatkan Vitamin Shaklee Sekarang!
Nak tahu apa kata mereka yang telah mengambil Vitamin dan Suplemen Shaklee dan testimoni jujur mereka? Hubungi saya segera.
Bagaimana Nak Beli Vitamin Shaklee?
Sila hubungi 0133465509 atau klik link di bawah
Saya Nak Beli Vitamin Shaklee Tapi Tak Tahu Nak Beli Yang Mana, Klik Sini
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Fara Hana
SID 1284203
No tel: 0133465509
Pengedar Sah Shaklee
Rujukan:
- https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20190903/281835760377440