Merujuk perubatan moden, resdung adalah radang pada lapisan membran meliputi dinding ruang sinus.
Apa itu sinus?
Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.
Radang sinus?
Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membrane pada rongga sinus. Resdung berpunca daripada jangkitan kuman atau virus, alergi atau kelemahan sistem imun badan seseorang.
“Keadaan ini menyebabkan pesakit resdung menjadi lebih sensitif kepada persekitaran seperti habuk, bulu binatang, perubahan cuaca terutama sejuk, pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria atau virus.
“Apabila ini berlaku penghidap resdung akan mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, rasa sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala. Ini banyak berlaku terutama waktu pagi,”
Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian:
- Radang sinus akut
- Radang sinus kronik
Walaupun gejala ini tidak mendatangkan masalah serius tetapi ia memberi kesan kepada gaya hidup dan keyakinan diri seseorang.
Bayangkan apabila selesema berlanjutan tanpa mengira waktu. Sudah tentu ia mengganggu rutin harian di pejabat. Cecair kerap mengalir menerusi hidung, mata menjadi merah dan telinga berasa gatal.
Apakah agen penyebab resdung?
Resdung boleh disebabkan oleh :
- Virus
- Bakteria
- Kulat
Agen penyebab radang lain:
- Alahan
- Iritasi kimia
- ketumbuhan dalam hidung (polyp)
Apakah tanda dan gejala resdung?
Di antara tanda dan gejala resdung adalah seperti berikut:
- Hidung tersumbat
- Batuk
- Sakit kepala atau muka
- Jerawat pada muka
- Selsema berpanjangan
- Hidung berbau busuk
- Demam
- Letih dan lesu
- Hilang deria rasa dan bau
- Batuk teruk pada waktu malam
Bagaimanakah resdung menjadi bahaya?
Resdung akut boleh menyebabkan:
- Radang sinus kronik
- Sakit kepala kronik
- Bisul pada sinus maxilar
- sinus frontal
- sinus ethmoidal
- otak
- mata.
Mari ikuti kisah perkongsian wanita ini,
Nama saya Nurhafizah Zamri .saya berumur 29 tahun dan sebagai surirumah sepenuh masa ..saya mengunakan Shaklee sejak 2 tahun yang lepas akibat kulit kusam selepas bersalin dan resdung yang agak menganggu setiap pagi hari2 saya sejak dari sekolah lagi.
Setiap pagi akan kedengaran disetiap ruang rumah kelas ataupun tempat kerja saya bersin setiap pagi ..arhhhh malunya ..tidak boleh dibayangkan.
Bukan itu sahaja resdung yang saya alami juga mengakibatkan saya alah pada habuk dan makanan. Bukan pada makanan laut seperti sotong udang dan ketam sahaja malah pada semua makanan seperti ayam dan ikan yang tidak fresh juga akan menyebabkan saya mengalami kegatalan pada hidung dan mata. Yang lagi teruk mata saya akan membengkak, berair dan gatal kemerahan dengan teruknya.
Boleh bayangkan tak saya juga tidak boleh membeli ayam di Tesco kerana ayam-ayam disana sudah tidak segar lagi. Pasar malam adalah hanya tempat saya membeli makanan basah .
Oleh kerana takutkan kehilangan hidung yang sering diperkataan saya mula cuba mencari penawar untuk permasalahan saya.
Untuk permulaan saya hanya mengamalkan vitamin C sahaja dah sebulan kemudian baru lah menambah Alfalfa sebagai 1 set resdung.
Saya konsisten makan dalam sebulan dan telah menunjukan tidak balas bahawa saya tidak lagi bersin diwaktu pagi dan mengalami kegatalan pada mata dan hidung saya.
Saya juga boleh makan makanan laut tanpa berpantang lagi seperti selalu. Alhamdulillah…..akhirnya saya keluar dari masalah saya yang menghantui saya bertahun-tahun lamanya sejak dari sekolah lagi .
Terima kasih Allah..
Pada mereka yang mengalami masalah seperti saya anda boleh mencuba Set Resdung Shaklee ini kerana ia sangat berkesan. Saya yakin ia juga berkesan pada anda.