Anda Hamil? Ketahui Suplemen Yang Wajib Anda Ambil dan Wajib Stop Sepanjang Tempoh Kehamilan

Wanita mengandung tidak boleh makan sebarangan makanan, ubat mahupun suplemen terutamanya pada trimester pertama. Ini kerana pada ketika ini, kandungan masih lagi lemah dan boleh menyebabkan keguguran. Hal ini kerana apa yang si ibu makan boleh mempengaruhi kesihatan bayi didalam kandungan.

Vitamin Yang Wajib Dielakkan Ketika Mengandung;

Berikut antara suplemen yang tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Dapatkan nasihat doktor jika anda terpaksa mengambil suplement-si ibu uplement berikut.

1- Alfalfa Complex

Alfalfa adalah sejenis herba. Ibu mengandung perlu elakkan dari mengambil sebarang herba kerana herba bersifat panas. Ini boleh menyebabkan berlakunya kontraksi awal. Namun bagi ibu yang tandem nursing semasa hamil, anda dibolehkan mengambil alfalfa tetapi dengan langkah berjaga-jaga.

2 – Carotomax

Vitamin A merupakan agen antioksida yang kuat. Pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000IU sehari.

3 -Vitamin E

Vitamin E juga merupakan agen antioksida yang kuat. Vitamin E sebenarnya dapat menguatkan rahim (bagus untuk ibu hamil) tetapi pengambilannya perlu dikawal. Penggunaan vitamin E semasa hamil perlu mendapat nasihat doktor anda.

4 – GLA Complex

Selain mengandungi komposisi vitamin E, GLA Complex juga dapat membantu mengawal hormon estrogen dan testosteron. Ini boleh mengganggu proses penghasilan hormon semulajadi tubuh semasa mengandung.

5 – Vivix

Fungsi vivix adalah untuk membaiki sel sehingga ke peringkat DNA. Pengambilan vivix ketika hamil dikhuatiri boleh mengganggu proses perkembangan janin didalam kandungan. Vivix juga tidak sesuai untuk individu yang berumur 18 tahun kebawah.

6 – Nutriferon

Nutriferon membantu meningkatkan sistem imun badan sekaligus boleh menjejaskan janin yang mana dilihat sebagai bendasing yang perlu disingkirkan.

7 – Garlic Complex

Selain meningkatkan sistem imun badan, garlic juga bersifat panas. Boleh diambil dalam kuantiti yang sedikit sekiranya ibu mengalami selsema atau demam. Satu biji Garlic Complex mengandungi 500mg bawang putih. Power tak? Kat rumah, kita nak makan sebiji bawang putih pun susah. Jadi, kita dah buat siap-siap dalam bentuk tablet supaya senang korang semua nak makan.

8 – DTX Complex

DTX Complex membantu dalam regenerasi pembentukan semula sel-sel hati. Ia mengandungi cendawan reishi dan schizandra chinensis yang mempunyai ciri-ciri antioksida.

9 – Collagen Powder

Collagen Powder Shaklee mengandungi sejenis herba bernama Pfaffia yang mana tidak sesuai untuk wanita hamil kerana ia dapat memberi kesan kepada hormon wanita sewaktu mengandung. Tapi jangan risau, ibu mengandung boleh menggunakan Collagen sebagai masker.

10 – Herblax

Herblax merupakan julap lembut untuk masalah sembelit yang dikategorikan sebagai herba dan pengambilan herba akan meningkatkan suhu badan ibu tersebut. Sekaligus meningkatkan risiko keguguran. Jika ibu mengalami masalah sembelit, disarankan mengambil Ostematrix Shaklee.

11 – Lecithin

Selain penting untuk kesihatan otak, lecihin juga bertindak sebagai pengemulsi semualajadi lemak. Sangat sesuai untuk menurunkan berat badan tetapi bukan kepada ibu hamil. Ibu hamil boleh mengambil OmegaGuard pada kandungan trimester ke 2 dan ke 3 untuk bekalan DHA untuk perkembangan otak bayi.

12 – Cinch Shake

Cinch Shake merupakan protein yang boleh meningkatkan metabolisma badan untuk tujuan penurunan berat badan. Mengandungi sangat rendah kalori dan mungkin akan menjejaskan nutrisi yang diperlukan bayi dalam kandungan.

Pada awal kehamilan(Trimester 1), antibodi ibu sebenarnya direndahkan bagi memberi jalan kepada pelekatan benih dan kehadiran sel baru (bayi).

Jadi, pengambilan supplemen yang bersifat antioksidan yang tinggi akan menyebabkan antibodi ibu meningkat. Pada waktu itu, badan ibu akan menganggap ‘sel baru’ (bayi) sebagai bendasing, dan akan cuba untuk ‘reject’ benda tersebut.ini boleh menyebabkan keguguran.

Vitamin Yang Disarankan Ketika Mengandung;

1- Vita-lea Iron Formula

Multivitamin yang lengkap dengan zat besi dan asid folik yang sangat penting untuk penghasilan sel darah merah.

2- Vitamin C

Selain untuk meningkatkan antibodi ibu, vitamin C juga menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi badan. ini membantu mengurangkan kesan stretch mark.

3- B Complex

B Complex yang lengkap dengan kesemua 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folik. Selain memberi rasa tenang, B Complex juga membantu meningkatkan tenaga ibu

4- OsteMatrix

Sumber kalsium – magnesium yang sangat penting untuk ibu mengandung dan menyusu. Selain membantu pembentukan tulang dan gigi bayi di dalam kandungan, Ostematrix juga membantu mengatasi masalah sembelit dan kejang kaki.

5- ESP

Sumber protein organik terbaik yang lengkap dengan 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Protein penting untuk pembesaran bayi dan untuk tenaga siibu.

6- OmegaGuard

Pengambilan hanya pada kandungan trimester ke-2 dan ke-3. Minyak ikan Shaklee ini merupakan sumber DHA dan EPA yang penting untuk perkembangan otak bayi dan mengurangkan paras kolestrol.

7- Performance Drink

Selain itu, jika ibu mengalami masalah mabuk alahan yang teruk, sangat digalakkan mengambil Performance Drink untuk mengekalkan bendalir badan.

8- Peppermint Ginger Plus

Peppermint Ginger Plus pula membantu mengurangkan rasa loya dengan membantu membuang angin dalam badan.

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

** Dapatkan konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian serta tips pengambilan vitamin khas untuk pelanggan Nutrisi Guru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!