
Punca Anak Sembelit
- Punca utama berlakunya masalah sembelit pada anak ialah kerana mereka tahan dan tidak ke bilik air untuk membuang air besar. Ini boleh berlaku apabila anak kita sedang sakan bermain dengan permainan dan enggan berhenti bermain semata-mata untuk membuang air besar. Oleh itu, mereka akan menahan dan tidak memberitahu ibubapa mereka. Jika berlarutan akan menyebabkan najis tersumbat dalam usus besar dan mengeras serta mendatangkan masalah sembelit.
- Selain itu, punca lain berlakunya masalah sembelit ialah bimbang ia akan mendatangkan kesakitan. Ini akan berlaku apabila anak kita mengalami najis keras pada kali pertama dan mengalami kesusahan untuk membuang air besar kerana berasa sakit. Oleh kerana sakit tersebut, mereka akan berasa takut serta bimbang untuk ke bilik air sekali lagi untuk membuang air besar dan tahan najis tersebut untuk tidak mengeluarkannya. Ini jika berlarutan akan mendatangkan masalah sembelit kerana najis telah mengeras di dalam usus besar.
- Di samping itu, masalah sembelit ini terjadi kerana kekurangan makanan yang mengandungi serat yang tinggi. Makanan yang berserat sangat baik untuk tubuh kerana memberikan manfaat yang besar terutama dalam melancarkan pencernaan serta membantu melancarkan proses pembuangan air besar. Sekiranya kandungan serat dalam badan kurang maka ianya akan menyebabkan terjadinya masalah sembelit ini. Masalah ini juga sekiranya berlarutan akan menjejaskan kesihatan anak dengan lebih teruk.
- Sehubungan dengan itu, bayi kecil juga boleh mengalami masalah sembelit ini. Hal ini kerana golongan ibu tidak memberikan susu kepada bayi mereka dengan kerap. Seperti yang diketahui, susu merupakan sumber makanan utama untuk bayi kita. Melalui pemberian susu, bayi akan mendapat vitamin dan mineral yang mencukupi serta menyenangkan proses pembuangan air besar. Oleh itu, para ibu haruslah memberikan bayi, susu yang mencukupi dan harus kerap menyusukan anak supaya mereka dapat membuang air besar dengan lancar.
Tanda-tanda Anak Sembelit
- Membuang air besar hanya 3 kali dalam seminggu
- Najis keras
- Kesakitan apabila membuang air besar
- Sakit pada bahagian perut
- Najis bercampur dengan darah
Cara Mengatasi Masalah Anak Sembelit
- Cara utama atasi masalah ini ialah memberikan makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi. Hal ini kerana serat merupakan komponen karbohidrat yang tidak dapat dicernakan oleh badan manusia. Secara asasnya, ia terbahagi kepada 2, iaitu serat larut (soluble fiber) dan serat tak larut (insoluble fiber). Ia boleh didapati dengan banyak dalam buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin (grains).
Fungsi utama serat terutamanya dari jenis yang bagus seperti serat larut, ialah untuk melancarkan lagi pergerakan kumuh/najis di dalam usus besar manusia. Memandangkan serat tidak boleh dicernakan oleh badan, maka ia tidak akan menyumbang kepada distribusi nilai kalori buah-buahan/sayuran/bijirin yang kita makan, walaupun ia merupakan sejenis karbohidrat. Ini kerana badan kita tidak mempunyai enzim yang mampu untuk mencernakan seratsebagai sumber tenaga. Pendek kata, serat tidak menyumbang apa-apa tenaga, tidak menyumbang apa-apa kalori kepada tubuh kita, dan lebih penting TIDAK menggemukkan.
- Selain itu juga, anak-anak selalunya susah untuk minum air kerana sentiasa sibuk bermain dan tidak suka diganggu. Ibubapa haruslah memaksa anak mereka minum banyak air terutamanya selepas makan supaya dapat membantu melembutkan najis serta melancarkan proses pembuangan air besar. Minum air yang banyak juga dapat mengelakkan masalah lain daripada menjejaskan kesihatan anak sekalian serta dapat memastikan kesihatan anak sentiasa terjaga.
- Di samping itu, ibubapa juga harus memastikan anak mereka tidak menahan najis dan segera ke bilik air jika terasa untuk membuang air besar. Ini dapat dilakukan dengan melazimi rutin dimana anak anda harus meluangkan masa untuk membuang air besar setiap hari dengan pengawasan ibubapa. Ini dapat membantu mereka mengeluarkan najis tanpa menahannya.
- Seterusnya, untuk bayi kecil pula ibu haruslah kerap menyusu anak mereka supaya sentiasa mendapat mineral dan vitamin yang mencukupi. Ini juga akan membantu mereka membuang air besar dengan lebih mudah serta tidak akan mendatangkan sebarang sakit atau masalah kesihatan lain yang boleh menjejaskan kesihatan mereka. Sekiranya susu ibu tidak dapat diberikan, sekurang-kurangnya susu formula yang dijamin berkhasiat haruslah diberikan supaya anak mereka masih mendapat nutrien yang mencukupi.
Rawatan Doktor

- Demam
- Muntah
- Najis mengandungi darah
- Perut buncit
- Kurang berat badan
- Lubang dubur mengalami sebarang kecederaan
Rawatan Alternatif Dengan Suplemen Shaklee
Selain itu, sekiranya anak anda jenis yang takut bertemu doktor, anda boleh cuba merawat masalah sembelit anak anda dirumah.
Berikut merupakan cadangan produk alternatif yang boleh anda cuba untuk anak anda.
Paling Utama
Mealshakes
- Minuman yang sedap, berkhasiat dan mudah disediakan yang pasti menjadi kegemaran kanak-kanak dan seisi keluarga
- Mengandungi 19 jenis vitamin & mineral penting
- Tinggi dengan serat – mengatasi masalah sembelit
- Indeks glisemik rendah jadi kanak2 tidak akan jadi obesiti
- Makanan untuk otak yang bijak kerana ia mengandungi kolina, kalsium dan protien
- Minuman yang sihat untuk menambah selera makan dan berat badan kanak2
Optional
- Omega guard
- Kaya dengan EPA dan DHA yang bagus untuk fungsi otak
- Membantu meningkatkan daya fokus semasa pembelajaran
- Meningkatkan sistem pertahanan badan kanak2
- Mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dengan mengurangkan penggunaan inhaler kerana omega 3 bersifat anti radang
- Merawat dan memperbaiki penyakit eczema
- Kesihatan kardiovaskular
- Suplemen minyak ikan terbaik didunia
2. Vita-Lea for kids
- Multivitamin dalam bentuk tablet yang pasti menjadi kegemaran kanak2
- Mengandungi 18 multivitamin & multimineral termasuk 100% Vitamin C, D, E dan 8 jenis vitamin B yang akan membantu melengkapkan nutrisi harian kanak-kanak
200mg kalsium, magnesium, zinc, cooper membantu proses tumbesaran dan pertumbuhan tulang kanak-kanak - Membantu menguatkan kecerdasan minda
- Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
- Membantu meningkatkan selera makan
- Melancarkan proses pencernaan, mengelak sembelit
- Membantu dalam penyerapan zat dari makanan harian
- Boleh dikunyah atau dikemam begitu saja dengan rasa anggur
3. Chewable Vitamin C
- Membekalkan vitamin C untuk kanak2
- Rasa oren semulajadi dan mudah dikunyah sangat sesuai untuk kanak2 dan mereka yang sukar menelan pil
- Membantu meningkatkan antibodi
- Mempercepatkan proses penyembuhan luka
- Membantu mempercepatkan pemulihkan selsema dan demam
- Menjaga kesihatan gigi, gusi dan tulang yang kuat
- Membantu menyihatkan kulit luar dan dalam
Kesimpulannya, apa pun cara rawatan yang ada, saya pasti anda cukup bijak membuat keputusan terbaik demi menangani masalah ini. Come on, siapa yang nak sakit kan? Semua nak sihat kalau boleh sepanjang masa. Jadi, om cegah sebelum melarat.
****************************************
Berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee yang mana memang terkenal sebagai suplemen makanan tambahan berkualiti tinggi? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.
Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.
Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509