Bulan lepas, kakak ipar whatsapp gambar tangan anak buah Min. Katanya Doktor cakap Kudis Buta. Min pun cadangkan beberapa produk untuk digunakan oleh kakak ipar dan keluarga kat kampung. Nanti Min akan bagi update perkembangan tangan anak buah Min macam mana ya. Alang-alang bercakap mengenai Kudis Buta ni, jadi Min rasa terpanggil untuk membuat perkongsian mengenai penyakit berjangkit ini. Jom baca lebih lanjut.
Apa itu Kudis Buta?
Kudis Buta ataupun lebih dikenali sebagai scabies, merupakan sejenis penyakit kulit yang mudah berjangkit. Penyakit kudis buta akan menyebabkan rasa kegatalan yang keterlaluan pada permukaan kulit. Ianya sangat mudah berjangkit dan dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami
kudis buta.
Kudis buta sebenarnya berpunca daripada serangan sejenis kutu/hama yang dikenali sebagai ‘Sarcoptes Scabiei’. Kutu ini merupakan sejenis mahkluk parasit, iaitu suatu organisma yang hidupnya menumpang pada mahkluk hidup lain dan merugikan mahluk hidup yang ditumpangi. Kutu kudis ini bersaiz amat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Biasanya, spesies kutu kudis betina yang akan menggorek lapisan kulit untuk membentuk laluan/terowong di bawah lapisan luaran kulit. Kemudian, ia akan bertelur di dalam lapisan luaran kulit tersebut. Kutu betina ini mampu bertelur sebanyak 40-50 biji telur dalam seumur hidup.
Kebanyakan simptom atau gejala jangkitan kudis buta adalah disebabkan oleh tindak balas system immun seseorang individu terhadap kutu kudis ataupun terhadap telur, najis dan bangkai kutu kudis tersebut. Oleh itu, ruam dan rasa kegatalan yang timbul pada permukaan kulit sebenarnya berpunca daripada reaksi alahan badan terhadap kutu kudis
Adakah Penyakit Kudis Buta ini Berjangkit?
Penyakit kudis buta hanya boleh dijangkiti melalui sentuhan langsung antara kulit ke kulit kerana kutu kudis yang berada di permukaan kulit tidak mampu terbang atau melompat dari permukaan kulit seseorang. Kutu kudis juga boleh merebak melalui perkongsian barangan peribadi seperti tuala, cadar, selimut dan pakaian antara seseorang individu yang terjejas dengan yang lain. Malah, kutu kudis juga mampu merebak melalui patung-patung permainan kanak-kanak dan sesetengah alatan perabot.
Simptom Penyakit Kudis Buta
Simptom-simptom penyakit kudis buta akan mengambil masa lebih kurang dalam 2 –6 minggu untuk timbul dalam badan seseorang setelah dijangkiti kutu kudis. Berikut adalah senarai simptom-simptom penyakit kudis buta.
Kegatalan
Rasa kegatalan ini amat teruk selalunya berlaku waktu malam atau selepas mandi air panas dan ini akan menyebabkan ketidakselesaan dan mengganggu tidur individu yang dijangkiti. Pada mulanya, rasa kegatalan hanya wujud setempat, khususnya bahagian telapak tangan tetapi akan merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain.
Ruam
Ruam akan terbentuk dengan serta-merta pada permukaan kulit setelah rasa kegatalan muncul. Biasanya, ruam akan kelihatan berbintik-bintik dan berketul-ketulan merah yang boleh muncul di mana-mana bahagian badan terutama pada kawasan lipatan kulit seperti di tangan dan kaki, di celah-celah jari, bahagian dalam peha, pusat, abdomen, punggung dan celah-celah ketiak. Bahagian tersebut menjadi tumpuan kutu kudis disebabkan suhu yang lebih tinggi dibanding dengan kawasan lain di tubuh badan.
Laluan/terowong Kutu Kudis
Terowong atau laluan yang dibentuk oleh kutu kudis betina dapat dilihat pada permukaan kulit. Ianya kelihatan seperti garisan-garisan yang nipis, halus dan berwarna gelap sekurang-kurangnya 2-10 mm panjang. Garisan-garisan ini biasanya dapat dilihat pada bahagian kulit yang longgar antara jari, bahagian dalam pergelangan tangan dan telapak tangan.
Kesan-kesan Calar
Kesan calar juga boleh diperhatikan pada permukaan kulit dan mungkin disebabkan oleh kegiatan menggaru secara agresif. Kawasan ruam yang digarru secara berterusan dan dengan agresif akan mengakibatkan bahagian permukaan kulit tersebut cedera dan seterusnya menyebabkan kerosakkan pada kulit. Kerosakkan pada kulit pula boleh menjadi parah dan akan terdedah kepada bakteria dan kuman yang lain. Kulit yang dijangkiti bakteria pula akan kelihatan merah, beradang dan berinflamasi.
BERAPA LAMA SCABIES BOLEH HIDUP PADA BADAN MANUSIA?
1 -2 bulan atau lebih. Scabies boleh hidup di luar badan manusia, sehingga 3 hari. Ia akan mati jika terdedah dengan suhu lebih dari 50 darjah selsius selama 10 minit atau lebih. Namun, banyak juga kes jangkitan scabies didapat daripada tempat tidur hotel, carpet, dan tempat umum yang lain.
Baca Lagi: Cara Merawat Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
Bagaimana Merawat Scabies?
1. UBAT SAPU
Scabies HARUS dirawat. Caranya adalah dengan mematikan hidupan ini. Di klinik atau hospital, doktor boleh memberikan ubat membunuh scabies ini, selalunya dalam bentuk sapuan (scabicide). Kebiasannya ia akan mati dalam masa 2 hari penggunaan.
Rawatan yang diberi kepada individu yang dijangkiti penyakit kudis buta ialah dengan sapuan krim anti-scabies seperti:
- Permethrin 5% – sesuai untuk kanak-kanak, ibu mengandung dan menyusu
-
Benzyl Benzoate (12.5 – 25%) – sesuai untuk orang dewasa
-
Crotamiton
-
Sulphur 6%
-
Lindane – tidak sesuai untuk kanak-kanak dan ibu mengandung
- Herbal Blend Cream
2. BASUH DAN PANASKAN BARANGAN YANG BERPOTENSI JANGKITAN
Selain itu, pakaian, tempat tidur, sofa dan karpet, harus dibasuh dan dipanaskan. Mana yang boleh, panaskan dengan suhu > 50 darjah selsius, masukkan dalam dryer atau kumpul dalam beg plastik hitam dan jemur di tengah panas. Boleh gunakan steamer untuk wapkan sofa, tilam atau karpet.

3. GUNA PENCUCI KHAS
Untuk pencuci, cari yang ada sulphur atau khas untuk bunuh kuman ini. Bagi yang mempunyai scabies yang berkeruping (Norwegian scabies), ia akan lebih berjangkit dari scabies yang biasa. Jadi bagi satu rumah atau bilik yang mempunyai sentuhan dari pesakit ini harus dibersihkan sebersih mungkin. Saya sangat mencadangkan anda memilih produk yang lebih organik untuk kegunaan pembersihan harian bagi mengelakkan sebarang kesan buruk dari sudut kesihatan.
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan.
Antara cadangan pencuci serbaguna terbaik yang pernah saya gunakan adalah Basic H. Ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meninggalkan kotoran berminyak, dan sangat pekat. Pakai sikit je tapi kesan berganda. Sangat jimat orang kata.
5. JANGAN GARU
Elakkan menggaru. Dengan menggaru boleh jangkitkan hidupan ini pada orang lain.
6. UBAT KURANGKAN GATAL
Untuk kawal gatal dan bunuh kuman serba sedikit, boleh sapu dengan minyak atau sapuan yang ada tea tree oil, neem, rosemary. Selain itu, boleh sapu tiger balm untuk kurangkan gatal.
Baca Lagi : Herbal Blend, Krim Kurangkan Kegatalan
7. PEMAKANAN
Mungkin doktor biasa tidak sentuh mengenai pemakanan, tapi saya akan galakkan pemakanan yang sihat dan banyak natural anti-parasites supaya badan akan secara semulajadi menjadi ‘ladang’ yang tidak subur untuk perkembangbiakan hidupan ini. Contoh makanan yang digalakkan; bawang putih, halia, bawang merah, betik dan bijinya, minyak kelapa dara. Badan juga akan jadi lebih sihat dan semangat untuk lawan jangkitan. Kurangkan makanan tidak sihat seperti makanan berproses, bergula dan banyak tepung.
Rujukan:
Dr. Sabeera Begum Binti Kader Ibrahim
Consultant Paediatric Dermatologist
Head of Paediatric Dermatology Unit
Institute of Paediatrics
Hospital Kuala Lumpur
Ahli Exco Persatuan Dermatologi Malaysia