Cara Simple Bagaimana Untuk Lindungi CIMB CLICKS Anda Daripada Scammer!

Bahaya Log In CIMB Sekarang ni, takut kita terkena juga scam dari pihak yang tak bertanggungjawab ni!

Risau betul bila kita tengok ramai yang menjadi mangsa scammer-scammer sebegini. Ada yang terkena sampai duitnya licin dalam akaun bank, dan ada yang terkena sehingga mencecah ribuan ringgit!

Sekarang kita hidup di dunia moden, boleh kata majoriti daripada kita semua ini mempunyai akaun bank online (online banking). Senang untuk berurusan kerana perbankan secara atas talian ini tidak memerlukan kita pergi ke cawangan bank/atm/cdm berdekatan untuk melakukan transaksi. Tambahan pula, ianya sangat menjimatkan masa terutama sekali bagi anda yang merupakan seorang ahli bisnes. Dah tak perlu beratur panjang-panjang untuk buat transaksi.

Tapi,belakangan ini, berlaku kekecohan masalah CIMB Clicks yang sedang hangat diperkatakan di alam maya. Pagi ini, CIMB Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan sistem keselamatan di CIMB Clicks dan penggunaan reCAPTCHA di laman tersebut.

Berikut ialah kenyataan CIMB,

Secara ringkas, CIMB memaklumkan sistem CIMB Clicks masih selamat dan semua transaksi pengguna masih dilindungi. CIMB baru menaik taraf sistem keselamatan CIMB Clicks pada hujung minggu lepas, antaranya membenarkan kata laluan lebih dari 8 karakter, membolehkan sehingga 20 karakter. CIMB juga baru menambah sistem keselamatan reCAPTCHA untuk memastikan pengguna adalah manusia bukannya bot.

Dari kenyataan ini, CIMB hanya menjawab persoalan tentang penggunaan reCAPTCHA sahaja. Tetapi masalah lebih besar berkenaan transaksi kad debit dan PayPal yang telah terkena kepada ramai pengguna, masih tidak terjawab.

Jadi, peringatan untuk anda diluar sana, kalau berlaku tiba-tiba kita dapat SMS dari apa-apa transaksi yang kita tak buat, terus call CIMB untuk block akaun kita. Jangan abaikan setiap SMS transaksi yang masuk. Bertindak segera supaya anda tidak menjadi mangsa yang seterusnya.


Simpan nombor telefon CIMB 
+603 6204 7788


Sebab dah ramai yang terkena dapat SMS bertubi-tubi dari PAYPAL walaupun mereka tak ada pon akaun PAYPAL ni!

Jadi sebelum kita semua terkena dengan pihak luar yang tak bertanggungjawab ni, boleh cuba amalkan 5 Tips mudah ini:

 

5 Tips Mudah Untuk Mengelakkan Scam

 

  1. Gunakan kad kredit berbanding kad debit. Incase berlaku scam / kes penipuan, duit kita tak terjejas
  2. Gunakan kad debit untuk pengeluaran duit di ATM.
  3. JANGAN simpan data bank kita dekat mana-mana website yang ada pakai transaction online.
  4. JANGAN klik pada apa-apa link atau buka lampiran email daripada pengirim, sumber yang tak diketahui atau yang tak boleh dipercayai.
  5. Pastikan apa-apa SMS yang kita terima hanya dari bank, jika bukan segera call pihak bank. 

 

Penting sangat untuk rujukan kita semua ye, mari baca:

Cara Mudah Nak Lindungi CIMB Clicks Anda Dari Scammer

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!