Ingin Penampilan Terjaga Di Usia 40-an, Awasi Beberapa Perkara Ini

Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia 2019 yang mana jatuh pada bulan Mac, jadi entri pada hari ini adalah berkisarkan tentang wanita. Sebagai seorang wanita, penjagaan dalaman dan luaran amatlah penting. Kalau ada jerawat naik satu pun dah tak keluar rumah sehari kan?

Baiklah kita bahagikan mengikut 3 fasa:

  1. Fasa peringkat umur 20 – 25 tahun (Young Years)
  2. Fasa peringkat umur 25 – 40 tahun (Child Bearing Years)
  3. Fasa peringkat umur 40 – 50 tahun (A Time to Live Well)

Anda sekarang di peringkat mana?

Fasa peringkat umur 40 – 50 tahun (A Time to Live Well)

Semakin bertambah umur, metabolisma badan kita makin berkurang maka semakin banyak penyakit yang datang. Wanita lebih mudah mendapat Osteoporosis kerana kekurangan Kalsium dan mineral yang diperlukan oleh tulang. Sepanjang tempoh kehamilan, janin akan menyerap banyak kalsium dari tubuh si ibu.

Jadi, boleh dikatakan setiap wanita akan berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Jadi, apa yang patut anda lakukan?

Bolehkah untuk berputus-asa? Oh, tidak! Sebagai seorang wanita, kita kena buktikan yang kita bukanlah kaum yang lemah. Sebenarnya, bagi setiap masalah yang kita hadapi, ada solusinya.

Solusi Kepada Masalah Setiap Wanita

Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je… seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk “merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri.

Jadi apa yang mereka perlukan sebagai penjagaan dalaman? Wanita memerlukan:

Bila banyak komitmen, tekanan meningkat, setiap hari stress. Apabila seseorang wanita stress, berlaku gangguan hormon sekaligus menyebabkan penghasilan susu badan mereka juga berkurang. Kemudian, telomere juga akan makin pendek. Seseorang individu memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam masa tidur yang sempurna.

Baiklah,

Kehamilan di usia lebih 40 tahun amat memerlukan penjagaan rapi kerana ia cukup berisiko dan berpotensi untuk gugur. Perkara ini disebabkan oleh faktor dinding rahim yang rapuh, kualiti sel telur yang rendah dan kekurangan bekalan darah.

Anda juga perlu berwaspada terhadap risiko-risiko seperti penyakit gestational diabetes yang hanya terjadi semasa kehamilan, risiko adanya kromosom abnormal dan proses kelahiran secara pembedahan caesarean.

Selain dari itu, penyakit seperti jantung merupakan penyebab kematian lelaki dan wanita di seluruh dunia termasuk 22.5% penyebab kematian wanita Malaysia.

Ia sering terjadi kepada wanita yang mengalami menopaus, peningkatan umur, sejarah keluarga, perokok, kandungan kolesterol yang tinggi dan kurang melakukan aktiviti fizikal.

Jagalah kesihatan jantung dengan mengurangkan atau menjauhi asap rokok, menjaga berat badan, bersenam sekurang-kurangnya 30-40 minit untuk lima kali seminggu, berdiet dan mengawal paras gula dalam darah (diabetes), kolesterol dan tekanan darah.

Tidak ketinggalan, seorang ibu yang meningkat usia akan melalui sebuah fasa semula jadi dalam kehidupannya, iaitu menopaus.

Proses ini berlaku secara perlahan dan diiringi beberapa gejala khusus seperti selaran kepanasan, perubahan emosi mendadak, kekeringan dan sukar tidur malam.

Wanita yang menghidapi menopaus turut berkecenderungan menghidapi penyakit osteoporosis, masalah jantung, lemah pundi kencing, lemah daya ingatan, hilang elastisiti kulit dan otot serta masalah penglihatan.

Osteoporosis merupakan suatu penyakit penurunan kepadatan tulang sehingga menyebabkan ia menjadi tipis, rapuh dan mudah patah. Ia cenderung terjadi kepada wanita pasca menopaus atau melebihi 50 tahun kerana faktor penurunan hormon estrogen, kurang pengambilan kalsium, tidak aktif dan merokok.

Akibatnya, penghidap penyakit ini akan sering merasa sakit tulang, tubuh menjadi pendek dan patah tulang terutamanya pada tulang belakang, tulang pangkal peha dan tulang pergelangan tangan.

Elakkan daripada aktiviti fizikal yang membebankan tulang punggung, membongkokkan tubuh dengan punggung melengkung (seperti sit up, mendayung dan sebagainya), latihan yang menyebabkan anda mudah jatuh dan menggerakkan tubuh ke sisi

Semoga sedikit tip di bawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an dapat mengekalkan kesihatan dan keterampilan diri yang baik.

  • Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.
  • Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.
  • Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari. Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.
  • Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  • Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan tekanan.

  • Minum banyak air Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.
  • Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.
  • Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

 

Rujukan:

  1. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/1478-ingin-tahu-sosial-wanita-dan keluarga/tip/1345-tip-kesihatan-untuk-wanita-30-an
  2. https://www.nona.my/peringatan-untuk-wanita-40-tahun-ke-atas-penyakit-penyakit-ini-menunggu-jika-tak-dikawal-sekarang/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!