Kebaikan Cuka Epal Untuk Kesihatan Dan Kulit. Mudah dan Senang!

16/11/2018 0 By Nutrisi Guru
Kebaikan Cuka Epal Untuk Kesihatan Dan Kulit. Mudah dan Senang!

Selalunya apabila mendengar perkataan cuka epal, ramai yang beranggapan ia sekadar salah satu benda untuk dimasak atau digunakan dalam sos salad. Tak ramai yang sedar tentang khasiat cuka epal.

Tapi, sudah beratus tahun, cuka epal merupakan bahan yang wajib ada di setiap rumah. Khasiatnya untuk kesihatan dan kecantikan sungguh menakjubkan!

Cuka epal diperbuat daripada proses penapaian Apfelmost (buah epal). Proses ini menyebabkan bakteria dan yis menukarkan gula kepada alkohol kemudian asid asetik.

Cuka epal berwarna emas pucat. Cuka ini kaya dengan mineral seperti potasium, kloride, kalsium, sodium, magnesium dan fosforus, juga mineral seperti fluorin, tembaga, vitamin A, C, E, B1 dan B2.

Kebelakangan ini. kita seringkali diuar-uarkan dengan pelbagai manfaat kesihatan yang diperoleh dengan mengamalkan minum Apple Cider Vinegar (ACV) atau secara ringkasnya, dikenali sebagai Cuka Epal.

Apakah antara contoh manfaat Cuke Epal ni?

  • Merendahkan paras gula dalam darah
  • Merendahkan Kolesterol
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Kulit yang sihat
  • Meningkatkan tenaga
  • Risiko penyakit jantung yang lebih rendah
  • Pencernaan yang lebih baik
  • dan banyak lagi.

Manfaat Cuka Epal

1. Membantu masalah penghadaman

Refluks asid dan pedih ulu hati bukanlah pengalaman yang menyenangkan. Ini berlaku akibat pH yang tidak seimbang di dalam perut dan kurangnya enzim dan probiotik.  Menurut pakar cuka epal mempunyai enzim dan probiotik semulajadi boleh membantu masalah ini.

Bagaimana: Tambah satu sudu cuka epal di dalam air suam dan minum lima minit sebelum waktu makan.

Baca juga: 3 Minit Tips Untuk Merawat Masalah Penghadaman

2. Membersihkan berus make up

Sangat penting untuk memastikan berus make up anda bersih bagi mengelak terkumpulnya kekotoran yang akan memberi kesan kepada kulit anda. Khasiat cuka epal bukan setakat pada kesihatan anda saja. Ia juga adalah pembersih berus make up yang bagus kerana kandungan asid malik yang antibakterial!

Bagaimana: Pakar kecantikan mencadangkan untuk mencampur secawan air suam dan sesudu kecil cuka epal.

Juga boleh tambah hirisan lemon dalam campuran ini. Kemudian rendam berus-berus anda di dalam campuran ini selama sejam dan bilas dengan air. Keringkan sebelum menggunakan mereka lagi.

Baca juga: Kulit Berseri Tanpa Makeup

3. Membersihkan kulit

Jika anda mempunyai masalah pori besar, kulit kusam dan berminyak, cuka epal boleh membantu anda. Pakar kulit menerangkan yang kulit selalunya bersifat asid dan apabila menggunakan cuka epal sebagai toner, ia membantu menyeimbangkan tahap minyak kulit.

Bagaimana: Cairkan beberapa titik cuka epal di dalam air sebelum mgunakan pada kulit muka dengan kapas muka. Buat tiga hingga empat kali seminggu. Jika anda mempunyai kulit sensitif, kurangkan kekerapan penggunaan dan cairkan lagi campuran.

Tidak perlu membazir membeli syampu yang mahal bagi masalah rambut kusam dan tidak bermaya. Cuka epal boleh membantu anda mendapatkan rambut idaman ini. Kata pakar, cuka epal ada asid asetik, apabila digunakan pada kulit kepala, ia membuang lebihan bahan yang digunakan seperti kesan minyak rambut atau syampu.

Bagaimana: 2  kali sebulan selepas syampu, tuang satu cawan cuka epal di kulit kepala dan rambut, urut dan bilas selepas beberapa minit. Rambut anda akan kelihatan cantik dan lembut dan kurang masalah keguguran.

5. Menghapus kelumumur

Gatal kepala akibat kelumumur sungguh menyakitkan hati. Tapi lepas ini, anda tidak perlu bergantung kepada syampu yang keras untuk menghapuskannya lagi. Pakar menerangkan cuka epal membantu menstabilkan pH kulit kepala anda, menghalang yis, iaitu salah satu punca kelumumur.

Bagaimana: Campurkan 2 sudu cuka epal dalam secawan air dan bilas rambut anda dengannya.Untuk kelumumur yang lebih teruk, campurkan suku cawan cuka epal dengan suku cawan air, sapu campuran ke kulit kepala dan biarkan selama sekurang-kurangnya sejam sebelum bilas.

Baca juga: Cara Merawat Masalah Rambut Gugur

****************

Dah sebegini panjang senarai manfaat Cuka Epal, habis tu kenapa ramai yang kurang gemar mengamalkannya?

Masalahnya berpunca daripada rasa Cuka Epal itu sendiri yang agak unik serta bau keasidannya yang kuat.

Baiklah, here’s the good news!

Sebenarnya, ada cara alternatif untuk menghilangkan rasa dan bau asli Cuka Epal ini. Sekiranya anda tertanya-tanya bagaimana menggunakan Cuka Epal dalam kehidupan seharian anda, petua berikut boleh membantu.

Cara Untuk Variasikan Penggunaan Cuka Epal

1. Gunakan Sebagai Dressing Untuk Salad

Cara paling mudah untuk mengamalkan pengambilan Cuka Epal dalam diet harian anda adalah dengan menukar Cuka biasa kepada Cuka Epal. Kalau anda memang tak suka dengan bau Cuka Epal terseut, anda boleh cuba gabungkan ia dengan dressing yang baunya lebih kuat seperti Balsamic / Minyak Zaitun. Dengan ini, bau Cuka Epal akan terlarut sama dengan bau Balsamic/Minyak Zaitun. Mudah dan senang kan!

2. Tambah Cuka Epal dalam Smoothies

Seperti mana anda tutup bau Kale / Bayam dalam Smoothies, sebegitulah Cuka Epal. Hanya tambah satu sudu besar Cuka Epal ke dalam bahan-bahan smoothie kegemaran anda dan kisarkan sekaligus siap untuk disediakan. Tahukah anda, Pisang dan epal sangat baik untuk menghilangkan bau dan rasa Cuka Epal. Selain itu, rempah-rempah seperti rempah kayu manis dan rempah labu labu berfungsi dengan baik untuk menghilangkan bau dan rasa Cuka Epal.

3. Boleh buat Jeruk DIY

Siapa sini suka jeruk? Sedap kan. Rasa dia masam-masam manis. Jeruk ni kalau diikutkan hampir semua golongan yang gemarkan, tak kira lelaki atau perempuan. Tapi biasanya ibu yang mengandung pada trimester pertama selalu menjadikan jeruk sebagai makanan penahan loya.

Namun, tahukah anda bahawa makanan jeruk yang biasanya didapati dikedai-kedai mahupun supermarket lebih banyak memberi kemudaratan kepada tubuh badan kita?

Sesetengah pengilang menggunakan formalin iaitu bahan pengawet mayat untuk menjeruk makanan atau buah-buahan. Bahan formalin ini juga menjadi punca meningkatnya risiko mendapat kanser.

Ada juga yang menggunakan bahan pengawet asid benzoik secara berlebihan. Selain daripada itu, kebanyakan jeruk yang diawet turut mengandungi bahan pewarna tambahan yang berlebihan.

Dengan Jeruk DIY, anda dah tak payah susah-susah ke kedai lagi dah. Boleh je buat sendiri pakai Cuka Epal instead of Cuka biasa.

Campurkan air, Cuka Epal, dan gula pasir dalam balang mengikut citarasa anda. Masukkan sayur-sayuran seperti timun, paprika, bawang, lobak merah, dan radishes dan rendam sekurang-kurangnya semalaman. Sayuran jeruk sebegini boleh tahan sekitar seminggu di dalam peti sejuk.

4. Minuman berperisa Cuka Epal

Banyak syarikat sedang mencipta minuman mengandungi Cuka Epal bagi mendapat kebaikannya tapi tanpa rasa masamnya. Sebagai contoh,
Bragg membuat minuman Cuka Epal dalam pelbagai perisa seperti limeade, rempah halia, dan Concord grape-acai.

Tips Untuk Minum Cuka Epal

Sekarang  dah tau macam-macam cara boleh letak Cuka Epal ni kan, why not sekarang jom pastikan anda mengambil Cuka Epal dengan lebih kerap. Seelum tu, kena tahulah portion untuk minum air mengandungi Cuka Epal adalah 10:1 (air : Cuka Epal).

Cuka Epal tak boleh diminum begitu sahaja ye. Bukan macam iklan roti gardenia

 

“Sungguh Enak dimakan begitu saja”.

 

Sebab aptu? Seba nama pun cuka, jadi sifat asidik dia tu sangat tinggi. Silap haribulan boleh hakis kawasan dalam mulut atau kerongkong anda. So, cara paling baik adalah kita cairkan dulu ikut ratio diatas.

Selain itu, tips terbaik untuk kenalpasti Cuka Epal paling baik adalah dengan memilih Cuka Epal yang tertulis perkataan “Mother”. Boleh kata macam pati la. Cuka Epal yang mengandungi pati inilah yang paling baik dan berwarna agak kegelapan sikit. Mother strand ni mengandungi probiotics yang mana dapat membantu sistem pencernaan dan imun anda untuk berfungsi dengan leih baik.

Jangan panaskan Cuka Epal. Hal ini demikian kerana ianya akan membunuh bakteria baik yang terkandung didalamnya.

 

*******************

I’m an authorized Shaklee Independent Distributor. If you are interested in getting Shaklee products, it’s easy, just one click, you can immediately purchase the products.

Click Here to Purchase

Are you interested in becoming a Shaklee agent around your area and working together successfully in this business? Click the link below for registration

Picture1

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509