Tips Menjaga Kulit Dengan Skincare Yang Betul

Ada masalah kulit, tapi tak pasti bagaimana cara yang betul untuk pilih skincare?

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa jarang anda lihat wanita Korea, mempunyai kulit kusam, tak bermaya, berjerawat, jeragat apa semua? Itu adalah kerana mereka mengambil serius langkah-langkah penjagaan kulit yang betul.

Kebiasaannya wanita Malaysia hanya mengamalkan rutin membilas muka dengan cepat atau memberus gigi sahaja sebelum tidur, tetapi wanita Korea tidak begitu. Bagi mereka, ia adalah satu seni yang tepat yang memerlukan perhatian dan konsisten. Ubah rutin penjagaan kulit anda setiap malam dengan rahsia kecantikan dari pakar, Charlotte Cho, pengasas SokoGlam ini.

Mari saya tunjukkan jalan. Pegang tangan saya kuat-kuat ok. Saya nak bantu awak ni. Eh. Perempuan saja tauuu.. haipp.

Langkah-Langkah Penjagaan Kulit Dengan Skincare Yang Tepat

1.Mesti tahu JENIS kulit :

  • Berminyak
  • Kering
  • Normal
  • Kombinasi
  • Sensitif

2. Kenal pasti APA MASALAH kulit yang mahu di selesaikan :

  • parut?
  • liang pori besar?
  • jerawat selalu naik?
  • kulit muka kusam?
  • jeragat?

3. Mulakan dengan RUTIN ASAS terlebih dahulu :

    • Mencuci (Cleanse)
    • Menyegar (Toner)
    • Melembapkan (Moisturizer)
  • Melindungi (Sunblock – with SPF mengikut jenis kulit anda masing-masing)

4. Dah boleh disiplin diri dengan rutin asas di atas? Ok, sekarang slow-slow tambah produk. Iaitu yang TARGET khusus untuk selesaikan MASALAH kulit.

Contoh produk : YOUTH Shaklee Skincare
Jenis kulit : Sesuai untuk semua jenis kulit.
Target : Masalah parut jerawat dan kulit kusam.

Produk Skincare Youth Shaklee ni dicipta khas oleh para Saintis Shaklee dan terbukti berkesan untuk memperbaiki tekstur kulit, mencerahkan kulit, menegangkan kulit dan mengurankan kedutan pada kulit. Tentu sekali diformulasikan dengan bahan aktif yang hanya milik Shaklee, Shaklee juga menjanjikan Youth Shaklee ni akan memberikan kesan yang sangat baik dalam 6 langkah untuk penjagaan serta 1 langkah tambahan untuk menambah seri wajah anda.

Hari demi hari, monitor keadaan kulit. Adakah berlaku sebarang breakout ? Adakah berlaku sebarang purging?

Perbezaan Antara Purging dan Breakout

Purging : Timbulnya biji-biji halus di tempat yang sama selalu naik jerawat. Ia akan hilang selepas beberapa hari. Teruskan pakai produk sedikit demi sedikit sampai dia clear semua. Produk yang akan membuatkan skin purging adalah produk yang boleh mempercepat atau merangsang penghasilan sel kulit baharu dan menolak sel kulit lama yang mati ke atas permulaan kulit. Seperti AHA dan Vitamin C.

Breakout : Timbulnya jerawat besar dan nanah di tempat yang tak pernah naik jerawat sebelum ni. Ia berlanjutan selama berbulan-bulan. Kalau jadi macam ni, segera BERHENTI pakai produk. Memang ia tak sesuai dengan kulit anda. Mungkin ada bahan yang tak diketahui di dalam produk itu yang membuatkan kulit anda meradang.

( Tak pasti jerawat tu jenis purging atau memang betul-betul breakout, rujuk semula nota di sini

Bergembiralah dengan kulit anda yang lebih sihat. Namun proses ini mengambil masa. Tak ada produk yang boleh merawat semua masalah kulit sekaligus. Dan juga tak ada produk yang sesuai dengan semua kulit.

10 Tips Mendapatkan Kulit Yang Bersih Dan Sihat

Saya yakin dan percaya ramai dalam kalangan kita masih berusaha untuk mendapatkan kulit yang sihat. Tak putih tak apa, asalkan bebas jerawat. Mari sekali lagi saya share bagaimana anda boleh mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan menawan.

Berikut merupakan 10 Tips bagi mendapatkan kulit yang bersih dan sihat.

♥Minum air putih sekurang-kurangnya 2L sehari. Air adalah agen Detox kulit yang terbaik!

♥Kurangkan makanan manis seperti dessert, minuman soda, minuman instant 3in1 dan dairy-rich food. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah antara punca pencetus Jerawat Hormon (hormonal acne). Jangan hairan kenapa dah tua pun masih naik jerawat.

♥Apabila ingin membeli kosmetik, pilih yang tertera non-comedogenic atau non-acnegenic

♥Kerap tukar sarung bantal. Cuba fikir berapa kerap kita tukar sarung bantal kita. Sebulan sekali? Seminggu sekali? Kulit wajah kita melekap pada sarung bantal pada waktu yang lama semasa tidur dan ia adalah antara tempat yang banyak bakteria membiak.

♥Phone tu.. Phone.. Rajin-rajinkan diri juga untuk lap screen dan belakang phone dengan anti-bacterial wipes. Lebih-lebih lagi yang suka bawa phone masuk toilet kan… Dalam satu kajian mendapati telefon bimbit juga adalah antara tempat yang paling banyak bakteria membiak.

♥Saya sangat suka minum air perahan lemon dan green tea kerana ia adalah minuman detox tinggi antioksida. Minuman ini merupakan minuman terbaik bagi melawan acne dan juga sesuai untuk mencuci usus anda.

♥Rajin dan disiplinkan diri buat rutin asas skincare 1-2-3 : 1-cuci, 2-toner, 3-pelembap/sunblock

♥Jika anda mempunyai kulit jenis kering, elakkan mandi air panas atau hot shower. Mandi air biasa atau sejuk.

♥Pakai homemade mask ringkas untuk detox. Yogurt + madu + green tea. Buat seminggu sekali untuk tarik kotoran dari dalam kulit keluar ke permukaan. Ini antara kaedah untuk membersihkan kulit wajah.

♥Wap/stim muka sendiri. Saya ambil satu bekas besar untuk letak air panas di dalamnya. Titik minyak essential 2-3 titis. Lepas tu, kelubung kepala dengan tuala dan muka dihadapkan pada bekas itu. Jarakkan muka jangan terlalu dekat sangat. Agak-agak boleh bernafas dan tidak rasa terlampau panas. Kemudian, wapkan muka selama 15 minit. Kaedah ini sangat bagus untuk membuka liang pori dan mengeluarkan kotoran dengan lebih efektif.

Result dia nanti superb!!

Apa yg BESTTT sangat-sangat tentang YOUTH Skincare nie?

Regimen penjagaan kecantikan dalam program Skincare YOUTH SHAKLEE mengandungi 5 langkah asas dan 2 langkah Tambahan:

⇒ Langkah Pertama : Membersih dengan YOUTH LUMINOUS GEL OIL CLEANSER- Pembersih pH seimbang TANPA Sabun 3-dalam-1, pembersih ini membasuh lembut, membersihkan & mempersiapkan kulit kita untuk produk youth yang lain.

⇒ Langkah kedua : Menutup pori yang sudah dibersihkan dengan YOUTH PERFECTING SKIN TONER-Turut membantu menghidrat dan menyuburkan kulit. Toner ini mempunyai teknologi yang telah dipatent iaitu Kompleks Pengaktifan Belia Shaklee

⇒ Langkah ketiga : memulih dan memperbaiki kulit dengan YOUTH ACTIVATING SERUM Yes, serum ini mesti ada dalam senarai wajib skincare kita kerana mempunyai 10 x bahan aktif untuk memperbaharui kulit pada tahap sel.
Hasilnya, kulit kita akan menyokong pengeluaran kolagen & menjadikan sel-sel kulit berfungsi lebih muda.

⇒ Langkah keempat : Melembap dan memberi nutrisi kepada kulit dengan YOUTH AGE DEFENSE MINERAL MOISTURIZER SPF 50 – Krim pelembap ini menghasilkan perlindungan dari sinaran SPF 50 UVA / UVB matahari & melindungi juga untuk kulit kita daripada pencemaran alam sekitar. Krim pelindung matahari ini dihasilkan dari bahan semulajadi & biopolimer dari hidupan laut.

⇒ Langkah kelima : Menghidrat dan melembutkan kulit dengan penggunaan YOUTH ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM (RICH/LIGHT). Dalam set Shaklee Nutriwhite sebelum ni ada krim malam yang hampir sama fungsinya. Namun, krim malam Shaklee YOUTH yang baru ini membantu menghidrat & melembutkan kulit kita hingga jauh ke dalam kulit dalam masa yang sama menyokong proses pembaharuan kulit semasa kita tidur.

youth all

Adunan ramuan botani proprietari Shaklee akan membantu pengeluaran kolagen & elastin untuk menjadikan kulit kelihatan lebih muda, licin. Dan lebih bercahaya.

Hebat tak hebat YOUTH Skincare ni? Perlindungan 2 dalam 1. Tanpa bahan kimia. Hanya bahan semulajadi. Manakala, bagi mereka yang inginkan kecantikan luar dan juga dalam, korang boleh cuba VIVIX.

Apa itu VIVIX?

Ianya adalah sejenis minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.

Capture

Campuran VIVIX ini berasaskan anggur muscadine – salah satu buah-buahan semula jadi paling sukar diperolehi dan paling berkuasa. Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.

Capture1

SHAKLEE memang betul-betul memanfaatkan keberkesanan anggur muscadine dalam  setiap botol Vivix. Memang tak hairanlah siapa yang mengamalkan VIVIX akan mendapat kulit yang sihat, flawless tanpa cela. So, memang terbaiklah sis cakap!

****************************************

Berminat untuk mendapatkan produk-produk di atas? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.

Click Here to Purchase

Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.

Picture1

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!