Wah! Banyaknya Tips Kesihatan Untuk Para Wanita, Jom Kita Amalkan Supaya Sihat Luar Dan Dalam

Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia 2019 yang mana jatuh pada bulan Mac, jadi entri pada hari ini adalah berkisarkan tentang wanita. Sebagai seorang wanita, penjagaan dalaman dan luaran amatlah penting. Kalau ada jerawat naik satu pun dah tak keluar rumah sehari kan?

Baiklah kita bahagikan mengikut 3 fasa:

  1. Fasa peringkat umur 20 – 25 tahun (Young Years)
  2. Fasa peringkat umur 25 – 40 tahun (Child Bearing Years)
  3. Fasa peringkat umur 40 – 50 tahun (A Time to Live Well)

Anda sekarang di peringkat mana?

Masalah Kesihatan Pada Peringkat Umur 20 – 25 tahun (Young Years)

Antara masalah kesihatan yang acap kali berlaku pada wanita dalam kategori ini adalah seperti:

  • Senggugut
  • Premenstrual Syndrome (PMS)
  • Berat Badan Bertambah
  • Blackheads / Whiteheads
  • Muka Berjerawat
  • Muka Berminyak

Wanita muda pada zaman sekarang sanggup buat apa sahaja demi untuk cantik. Hakikatnya, mereka tahu cara tersebut salah, tapi disebabkan nak cantik, nak pujian, nak sentiasa nampak muda, remaja, sampai sanggup habiskan duit beratus ribu untuk buat rawatan. Bahkan, ada yang cucuk Vitamin C pun ada dengan alasan untuk mencerahkan kulit dalam waktu yang singkat.

Masalah Kesihatan Wanita di Peringkat Umur 25 – 40 tahun (Child Bearing Years)

Wanita pada peringkat ini memang sangat sibuk. Bebanan kerja, komitmen rumah tangga, anak-anak, suami lagi. Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukan masa untuk diri sendiri.

Bila banyak komitmen, tekanan meningkat, setiap hari stress. Apabila seseorang wanita stress, berlaku gangguan hormon sekaligus menyebabkan penghasilan susu badan mereka juga berkurang. Kemudian, telomere juga akan makin pendek. Seseorang individu memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam masa tidur yang sempurna.

  • Ketidaksuburan
  • Pertambahan Berat Badan
  • Kurang Tidur
  • Penuaan Kulit Wajah
  • Kekurangan Susu Badan
  • Keguguran
  • Insomnnia
  • Fibroid
  • Cyst
  • Osteoporosis

Fasa peringkat umur 40 – 50 tahun (A Time to Live Well)

Semakin bertambah umur, metabolisma badan kita makin berkurang maka semakin banyak penyakit yang datang. Wanita lebih mudah mendapat Osteoporosis kerana kekurangan Kalsium dan mineral yang diperlukan oleh tulang. Sepanjang tempoh kehamilan, janin akan menyerap banyak kalsium dari tubuh si ibu.

Jadi, boleh dikatakan setiap wanita akan berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Jadi, apa yang patut anda lakukan?

Bolehkah untuk berputus-asa? Oh, tidak! Sebagai seorang wanita, kita kena buktikan yang kita bukanlah kaum yang lemah. Sebenarnya, bagi setiap masalah yang kita hadapi, ada solusinya.

Solusi Kepada Masalah Setiap Wanita

Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je… seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk “merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri.

Pada usia muda, wanita perlu mengambil berat 1) Penjagaan Kulit Wajah 2) Penjagaan Dalaman

Jadi apa yang mereka perlukan sebagai penjagaan dalaman? Wanita memerlukan:

Bila banyak komitmen, tekanan meningkat, setiap hari stress. Apabila seseorang wanita stress, berlaku gangguan hormon sekaligus menyebabkan penghasilan susu badan mereka juga berkurang. Kemudian, telomere juga akan makin pendek. Seseorang individu memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam masa tidur yang sempurna.

Baiklah,

Jadi, kita sangat mengesyorkan wanita pada peringkat ini mengamalkan beberapa suplemen seperti di atas.
Penjagaan Luaran pula, wanita WAJIB amalkan 3 Langkah Asas Penjagaan Kulit ini iaitu 1) Membersih 2) Menyegar 3) Melembap

Semoga sedikit tip di bawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an dapat mengekalkan kesihatan dan keterampilan diri yang baik.

  • Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.
  • Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  • Minum banyak air Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

Rujukan:

  1. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/1478-ingin-tahu-sosial-wanita-dan-keluarga/tip/1345-tip-kesihatan-untuk-wanita-30-an

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!