My Own Personal Journey to Shaklee National Convention 2019

27 April haritu kitorang semua dijemput untuk menghadiri event paling besar dan gempak dianjurkan oleh Shaklee Malaysia setiap tahun.

Shaklee National Convention 2019

Pada tahun ini, ianya diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Tempat ni sangat besar dan luas. Boleh rujuk gambar di bawah ni.

Sekali tengok macam piring UFO. Dua kali tengok pun sama jugak. hee~

Macam mana nak pergi PICC dengan public?

Senang je, bagi anda yang dari KL Sentral, oleh naik ERL (RM14), turun kat Putrajaya Sentral. Kemudian naik grab – RM11 (±). Balik pula kalau naik grab dia agak mahal sikit (RM17 ±) sebab grab car tak banyak ada kat area PICC. Tambah pula faktor masa. Program NC2019 kali ni habis dalam jam 6 lebih macam tu. So, alang-alang dah nak Maghrib, saya solat Maghrib kemudian barulah tunggu grab. Sambil-sambil nak booking grab, sambil-sambil Queue untuk ambbil Ice Cream Vivix yang masih berbaki lagi. Sambil tu juga dengar conversation orang kat sebelah katanya grab susah nak dapat kat area sini. huhu. Seriau jugak la dengar. Kang nanti ada yang tidur PICC malam tu.

Alhamdulillah Allah mudahkan, dapat grab. Malay driver pulak tu. So boleh la bawak berbual dalam kereta nanti. Bukan racist. Kebanyakan grab driver kalau yang Indian @ Chinese mereka sangat professional. Memang tak cakap langsung. Datang pickup, say hello dan drop off. Hehe. Saya pun takut nak borak sebab last time ada cuba untuk mulakan perbualan dengan sorang uncle Chinese.

Me: “Uncle tinggal kat mana?”

Uncle :”You kenapa tanya? Saya tinggal Malaysia la. Saya orang Malaysia. Kenapa nak tahu sangat?” You belajar pandai….Bla..bla..bla…

(Tak salahkan dia, sebab masa tu musim pilihan raya, jadi uncle ni sangat sensitif)

Me: krik…krik…krikk… (saya tanya tinggal kat mana je uncle, panjang pulak dia reply.)

Jadi macam biasalah. Saban tahun, secara general, tentatif adalah seperti berikut.

Alhamdulillah, lepas 2 minggu baru berjaya siapkan vlog mengenai perjalanan saya sepanjang seharian kat PICC.

Nak tengok ke vlog ittew…hihi. Nah, klik bawah ni

Memang seronok, apa yang Shaklee tawarkan sangat hebat. Jadi rugi kalau tak rebut peluang ini. Shaklee adalah business jangka masa panjang yang terbaik di dunia.

Shaklee ialah HARAPAN, harapan ini sangat wangi, suci murni. Walau apa pun yang terjadi, isu apa pun yang datang, masalah apa pun yang datang, SHAKLEE tetap yang terbaik untuk anda semua.

Antara yang paling berbekas dihati, balik tu asyik duk teringat-ingat je bait-bait pantun ini.

“ Menyusur daratan debunga wangi,

Harum subur mekar di hati,

JIka kau mahu terbang tinggi

Kekallah setia Bersama SHAKLEE “

Disampaikan oleh Joe Labu bersama wife beliau, Ainul Mustafa. Mereka merupakan antara pasangan yang dijemput menjadi Impact Speaker pada hari bersejarah berkenaan. Penyampaian mereka deep. Memang menusuk kalbu. Pandai mereka bermain dengan emosi para hadirin. Ada yang mengalir air mata sebak.

 

Ok, tu je nak story. Bai!

 

  • Nahh stalk kat sini:

WEBSITE: https://www.nutrisiguru.com/

FACEBOOK: https://www.facebook.com/nutrisigurud…

INSTAGRAM: https://www.instagram.com/nutrisiguru/

INSTAGRAM (satu lagi) : https://www.instagram.com/_fara_hana/

  • Business Enquiries / Product Enquiries:

WhatsApp: https://www.wasap.my/60133465509/YT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!